Jumaat, 15 Disember 2017

ANAK MUDA CARI JHO LOW





KENYATAAN MEDIA AMCJL (ANAK MUDA CARI JHO LOW)

KETUA POLIS NEGARA PERLU EKSTRADISI  JHO LOW DARI CHINA
1. Sebuah laporan oleh akhbar The Australian mendedahkan bahawa penjenayah paling dikehendaki di dunia    Jho Low sekarang sedang bersembunyi di Shanghai, China di mana beliau dikatakan menghabiskan masanya samaada menginap di hotel mewah Peninsula atau belayar dengan bot mewahnya ‘Equanimity’ di sana. Laporan tersebut boleh dibaca melalui portal The Malaysian Insight melalui pautan: 

https://www.themalaysianinsight.com/s/27637/

2. Tiada keraguan bahawa Jho Low telah melakukan pelbagai kesalahan jenayah di negara ini dalam skandal 1MDB. Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) juga sedang melakukan siasatan terhadap perlakuan jenayah Jho Low. Nama Jho Low disebut sebagai arkitek utama penyelewengan dana 1MDB dalam saman Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) yang telah menggariskan kesalahan-kesalahan yang dilakukan di bawah undang-undang Malaysia termasuk penipuan menurut seksyen 415 dan 418 Kanun Keseksaan dan pemberian rasuah menurut seksyen 16 dan 17 Akta SPRM 2009.  

3. Di samping itu, RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi MO1 di Ambank daripada Tanore Account adalah dimiliki Jho Low. MO1 disahkan Menteri Dato' Abdul Rahman Dahlan sebagai Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak dan Ambank adalah institusi kewangan tempatan. Jadi, wang yang diseleweng daripada 1MDB tersebut boleh dianggap pelakuan merasuah MO1 bagi mengeluarkan Surat Sokongan yang ditandatangani Perdana Menteri bagi menjamin pengeluaran bon 1MDB sebanyak AS$3 bilion. 

4. Amat menghairankan walaupun dengan pendedahan sebegini, Ketua Polis Negara masih mendiamkan diri. Tingkah laku sang penguasa di Putrajaya yang kini banyak berhutang dengan kerajaan China seperti projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) bernilai lebih RM55 bilion dan keistimewaan kepada negara kuasa besar dunia tersebut menguasai tanah-tanah di negara ini, tetapi pada masa yang sama membiarkan Jho Low bebas hidup di negara China mewujudkan persepsi negatif di kalangan masyarakat umum seolah-olah Jho Low sedang dilindungi kerajaan. 

5. Ketua Polis Negara seharusnya bertindak dengan penuh integriti dalam menegakkan keluhuran undang-undang. Justeru, AMCJL menggesa Ketua Polis Negara mendapatkan kerjasama kerajaan China supaya Jho Low ditangkap untuk diekstradisi ke Malaysia di mana Malaysia dan China mempunyai perjanjian Bantuan Perundangan Bersama (MLA). Tangkapan ke atas Jho Low begitu penting bagi membolehkan siasatan jenayah dimulakan di negara ini supaya skandal 1MDB ini dapat diselesaikan dan masalah ekonomi terutama kejatuhan nilai Ringgit dapat diatasi. 

6. Jho Low tidak seharusnya dibiarkan terus bebas dan mengatasi undang-undang. Perlakuan jenayah Jho Low perlu dipandang berat semua pihak dalam negara ini kerana wang 1MDB berjumlah lebih RM20 bilion yang diseleweng Jho Low perlu ditanggung pembayar cukai di negara ini. 
FAIZ FADZIL
JURUCAKAP AMCJL 

(ANAK MUDA CARI JHO LOW)




------------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nama ajer Ketua Polis Negara

tapi KETUA kepada Ketua Polis Negara tak brani......

sebab

dah lama termakan NASI LEMAK NAJEEB...tarak TELOQ!




har har har har har har har har har har har har har har har har har har har har har har har har har har har har har har har har har har har har har har har har har har har har har har har har