Jumaat, 15 Disember 2017

SAH JHO LOW DI CHINA MERAH






PEMBACA TT

APAKAH SEKARANG

TUAN TUAN

PERCAYA  

 YANG

JHO LOW INI

DILINDUNGI OLEH

CHINA MERAH?
Jho Low sibuk berlayar, menginap hotel mewah di Shanghai
AKHBAR The Australian melaporkan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low berlayar dengan kapal mewah dan menginap di sebuah hotel mewah di Shanghai.

Menurut laporan itu, kapal layar Low yang bernama "The Equanimity" telah melintasi  laut di luar pantai Papua Barat.

Ia turut menyebut "The Equanimity" juga merentasi laut Asia Tenggara dalam lawatannya ke Kemboja, Thailand, Bali dan beberapa kepulauan kecil Indonesia sepanjang enam bulan yang lalu.

Menurut laporan itu lagi, Low dilarang kembali ke Malaysia walaupun mempunyai hubungan rapat dengan  Najib.

"Walaupun Low mungkin ditangkap dan didakwa dalam tempoh beberapa minggu atau bulan berikutan siasatan antarabangsa ke atasnya, beliau dikatakan membahagikan masanya antara kapal layar Equanimity yang mewah dan Hotel Peninsula di Shanghai yang juga mewah, yang menghadap Sungai Huangpu," laporan itu dipetik.

Laporan yang memetik dokumen mahkamah AS menyebut, ketika "bergurau-senda" di atas Equanimity pada 2014, Low telah menghadiahkan satu set barang kemas kepada supermodel Australia, Miranda Kerr.

Menurut laporan itu lagi, Australia bukanlah asing bagi keluarga Jho Low kerana bapanya, Larry Low Hock Peng terkenal dengan penglibatannya dalam bidang korporat tempatan pada awal 1990-an yang memberi kesan kepada jutawan media Kery Stokes.

"Dari 1992, Larry Low adalah pengarah di sebuah syarikat tersenarai di Australia iaitu Ledge Group. Sebuah syarikat yang berkongsi alamat dengan syarikat Low di Pulau Pinang, iaitu Corum International, juga memegang hampir 27% saham Ledge. Pada 1994, Ledge telah ditukar nama kepada MediaTech," laporan itu dipetik.


JHO LOW INI

AGEN GELAP

CHINA MERAH

KINI BERJAYA

MENGGUNAKAN

NAJIB ROSMAH

UNTUK  GADAI

TANAH MELAYU

MASIH ADA LAGI

YANG TAK CAYA?
--------------

Tiada ulasan: