Sabtu, 17 Februari 2018

NAJIB BENARKAN ZIONIS MASUK




KENYATAAN MEDIA

Mengapa Menteri Dalam Negeri Tidak Halang Kemasukan Diplomat Israel?

Saya ambil maklum kenyataan balas Menteri Luar Negeri,  Anifah Aman, bahawa jemputan diplomat Israel ke World Urban Forum (WUF) ke-9 di Kuala Lumpur adalah di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) khususnya agensi UN-HABITAT. Walau bagaimanapun, ia tidak menjawab persoalan besar yang masih berlegar di fikiran ramai rakyat Malaysia. 

Ini kerana walaupun jemputan dibuat oleh PBB, namun PBB bukan badan kerajaan yang mengawal kaunter imigresen di sempadan-sempadan negara kita yang telah membenarkan delegasi diplomat Israel ini memasuki Malaysia.

Badan yang bertanggungjawab dalam hal kebenaran keluar masuk negara ialah Jabatan Imigresen Malaysia, yang berada di bawah Kementerian Dalam Negeri. 

Malah Seksyen 8 Akta Imigresen 1959/1963 memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen untuk menghalang beberapa kategori individu yang dilarang memasuki Malaysia, termasuk mana-mana orang yang kemasukannya menyalahi undang-undang Malaysia, atau yang disifatkan oleh menteri sebagai imigran yang tidak diingini.

Persoalannya, jika Malaysia masih tiada hubungan diplomatik dengan Israel malah terus mengecam tindak-tanduk rejim zionis yang menindas rakyat Palestin, bukankah delegasi diplomat Israel ini boleh ditakrif Menteri Dalam Negeri sebagai “imigran yang tidak diingini” mengikut Seksyen 8(k) Akta Imigresen 1959/1963? 

Dengan kata lain, bukankah Menteri Dalam Negeri mempunyai kuasa untuk mengarahkan Ketua Pengarah Imigresen menghalang kemasukan delegasi diplomat Israel ini, konsisten dengan pendirian Malaysia terhadap Israel?

Dan jika ada pihak memberi alasan delegasi tersebut menggunakan pasport diplomatik untuk masuk, bukankah Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat mempunyai kuasa secukupnya untuk mengusir diplomat, sepertimana kita mengusir diplomat Korea Utara tahun lalu?

Oleh itu, saya gesa Ahmad Zahid Hamidi untuk tidak lagi berdiam diri dan segera memberikan penjelasan, memandangkan insiden kemasukan diplomat Israel ke Malaysia telah menjadi satu titik hitam dalam sejarah negara kita.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
16 Februari 2018




------------------------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang atok tt tak boleh keluar negara tu pulak apo kes?mengganggu gugat diplomatik negara luar ke?kelakar betul malaxia ni

Tanpa Nama berkata...

mohon wak jawab pelan2 dalam bahasa malaysia yea.. jangan jawab dalam bahasa jawa... nnti kami takpaham... klu nak jawab dalam bahasa inggeris nnti orang rakam.. jawab je dalam bahasa melayu yea wak...

Tanpa Nama berkata...

Ini lah yang dinamakan..." Tengkok dipulas oleh China Merah, Telor dipulas oleh Amerika"...Fikir la melayu umno...kahkahkah.

politikgilababi berkata...

kahkahkah..ini lawak,sangat lawak.. tukaqtiub imigresen tak bagi keluar negara,orang Israel depa bagi pulak masuk..kahkahkah..

Tanpa Nama berkata...

Tipulah. Mana ada lobai dol sanggup mati kerana palestin. Baik tahnik bini muda.