Isnin, 5 Ogos 2019

AWAS MAT LEBONG




TAHNIAH

BARU 

SEDAR

Isu tempoh jawatan PM buat orang meluat, kata Saifuddin

KENYATAAN berulang kali berkaitan isu tempoh jawatan perdana menteri hanya akan membuatkan rakyat berasa meluat, demikian kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, fokus sekarang sepatutnya bertumpu kepada usaha kerajaan dalam menunaikan kewajipan dan berikan ruang secukupnya bagi kerajaan menjalankan kerja-kerja untuk rakyat.

Setiap keputusan yang dicapai secara persepakatan oleh kepimpinan semua parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) sebelum pilihan raya umum yang lepas adalah sudah memadai untuk menguruskan perkara itu (tempoh jawatan perdana menteri).

“Tak guna cakap perkara yang dah setuju dalam formula sebelum pilihan raya umum dulu, kalau isu ini diulang tak sesuai kesannya pada rakyat.

“Beri ruang kepada kerajaan dan Perdana Menteri, sesuai dengan mandat dan sokongan majoriti kepada PH untuk selesaikan tugas sebagai kerajaan, kerja kita sangat banyak,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) di Gurun, hari ini.

Menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan beberapa pemimpin parti mengenai peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya.

Beliau berkata, tindakan mengeluarkan kenyataan berkaitan isu berkenaan setiap hari juga bukanlah sesuatu yang produktif sebaliknya semua pihak perlu lebih kerap turun padang dan fokus kepada rakyat.

Katanya, mereka yang sering memberi komen berhubung isu itu juga sebenarnya adalah orang luar dan bukan dalam kalangan mereka yang duduk dalam ‘kelambu’ PH. – Bernama, 4 Ogos, 2019.


KESEDARAN

SAMPAI TAPI

DAH TERLEWAT

ABAM SETUJU KE

DENGAN

KENYATAAAN INI

SAJE TANYA

MANA TAHU

TAKUT ABAM

MENGARUK
KAH KAH KAH

---------

3 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

TT ..lu ckp Abam mengaruk ..mengaruk tu apa ..buat-buat gila ke ..

Unknown berkata...

Nape tun madey benci sgt kat anwar? Ini bukn psal liwat, ini psal nk pusakakn jawatan piem.. Cb pakat tonjolkn mukhriz, kita tgok atok ada sinyum ka tarak...

DIDI KOTA BELUD berkata...

Aku tahuk kenapa.???..whyyyyy..???..bakittttttt....???...napaa lo serang anwar sampai the end of the world........whyyyyy..???...the questions is whyyyyyy....???...Sebab nuar bilang ko slalu dengar BISIKAN........!!!!???....kakaakakkakakakakakkaak....that whyyyyyyyy....!!!???...kakakakkakakakaka....kuar ayor mato den gelak kalau konang2....hua hua hua........move on lah der....kakakakakakkakakakakkakaka....