Isnin, 5 Ogos 2019

BERITA JAHAT UNTUK SABAH







BERITA JAHAT

UTTUK SABAH

BERITA BAIK

UNTUK 

PAKATAN

Umno akan kembali berkuasa di Sabah, kata Najib 

NAJIB Razak berkata Umno dan Barisan Nasional (BN) akan kembali ke Sabah namun masih banyak yang perlu dilakukan untuk menawan semula negeri yang diterajui Warisan.

Bekas perdana menteri itu berkata, sokongan terhadap parti itu dimusnahkan oleh wakil rakyatnya yang beralih arah kepada Pakatan Harapan, namun ia kekal utuh di peringkat akar umbi.

“Semangat Ummo masih kuat di Sabah terutamanya di peringkat akar umbi.

“Apa yang perlu kita lakukan ialah perkukuhkan pimpinan kerana ramai bekas pemimpin telah melompat ke Pakatan Harapan,” katanya pada perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Papar di Lok Kawi, Papar hari ini.

BN Sabah semakin lemah susulan kekalahan pada pilihan raya umum 9 Mei tahun lalu kerana tindakan Adunnya yang menyertai gabungan Warisan-Pakatan Harapan.

Parti komponennya, Upko menyatakan sokongannya kepada Warisan - PH, manakala Parti Bersatu Sabah, Parti Loberal Demokratik, Parti Bersatu Rakyat Sabah keluar dari BN, manakala MIC dibubarkan bagi memberi laluan kepada penubuhan Parti Bersatu India Sabah.

Setakat ini BN Sabah hanya disertai Umno dan MCA.

Umno Sabah sendiri mengalami masalah susulan tindakan pemimpin dan Adunnya yang menyrtai Bersatu pada April lalu.

Hanya seorang ahli Parlimen yang tinggal iaitu Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan) dan seorang Adun iaitu Musa Aman (Sibuga).

Bagaimanapun, Najib berkata beliau percaya semua itu bukan kekalahan bagi BN kerana sudah ada kesedaran dalam kalangan akar umbi bahawa era BN lebih baik berbanding di bawah kerajaan sekarang.

Najib berkata, ramai yang mendekatinya dan menyatakan terima kasih kerana mendapat banyak kelebihan daripada dasar BN.

“Kini kita perlu yakinkan rakyat bahawa Umno dan BN masih pilihan terbaik.

“Saya sentiasa tekankan untuk meilih parti yang mampu berikan yang terbaik untuk Sabah,” katanya.

Menurutnya, Umno juga sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan parti lain di Sabah seperti kerjasama dengan PAS di Semenanjung Malaysia. 

Kerjasama Umno-PAS, katanya memberi banyak kelebihan dan ia ditunjukkan dalam pilihan raya Parlimen Cameron Highland dan Pilihan raya kecil bagi kerusi DUN di Semenyih, Selangor dan Rantau di Negeri Sembilan. – 4 Ogos, 2019.



PENCURI INI

NAK MENCURI

LAGI

SEBELUM 

MASUK

PENJARA
KAH KAH KAH




----------

5 ulasan:

Unknown berkata...

Betoi ka atok nk penjarakan najib? Atok skrg dh nmpk mcm sejok ati jak. Atok skrg duk sibuk nk blawan dgn anwar, blawan sesama sndiri

Tanpa Nama berkata...

Tiada masalah selagi pandai main jackpot, bila tak kedapatan, maka fuck youlah.

Tanpa Nama berkata...

ulamak pas sepatutnya menegur mca dan mic dalam isu khat. usah jadi olamak borett yang hanya mementingkan seks dalam kehidupan.

Tok Ampun berkata...

Kena hukum pun nanti boleh klua balik TT. Agong boleh ampun maaa. Ikut mcm DESAI, Agong ampun, suci bersih. Selagi pengampunan DESAI tak di cabar, selagi itu Najib n etc bakal bebas dengan ampun Agong. Download Tuanku!

DIDI KOTA BELUD berkata...

Yoyyyiieee...sekali sekala najib cakap betul tentang umno sabah.bahang suhu disini lain.semua kerusi bersatu disabah kompom balik kek umno..lu tak caya...gwa akan pastikan..biar mata kau merah.....kakakakakakkakakakaka....isu mahathur disabah bukan isu kopi o...dah jadi kopi susu tarik.....kalau mahu umno mati...mahathur kena undurrrrrrrrrre........itu je pandangan pisau belati aku untuk malaysian.....nyit nyit nyit....