Sabtu, 21 Disember 2019

WAJIB BACA






TEPAT JELAS

TUNTAS

Henti persenda sumpah laknat, Patriot beritahu Najib

PERSATUAN Patriot Kebangsaan (Patriot) mengecam Najib Razak kerana “mempersendakan” sumpah laknat untuk menafikan dakwaan beliau bertanggungjawab bagi pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Dalam kenyataan tegas hari ini, Patriot berkata ia “jijik” dengan telatah bekas perdana menteri itu kerana tuduhan pembunuhan adalah perkara yang serius.

Najib dilapor akan melakukan sumpah laknat selepas solat Jumaat hari ini, dalam usaha untuk membuktikan beliau tidak bersalah selepas pembunuh yang disabitkan, Azilah Hadri, dalam akuan bersumpah menuduh bekas menteri perdana itu memberi arahan.

Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis Azilah dan rakannya Sirul Azhar Umar dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altantuya.

Presiden Patriot, Mohamed Arshad Raji berkata Najib tidak boleh meremehkan perkara itu seperti ayam atau kambing yang hilang dalam kampung dan menyelesaikan perkara itu dengan “sumpah”.

“Jika jenayah serius seperti pembunuhan boleh diselesaikan dengan ‘sumpah’, maka pelaku kejahatan serius, termasuk penyelewengan dan kejahatan kolar putih di pejabat tinggi, juga boleh lepas dengan ‘sumpah’ juga.

“Patriot hairan mengapa mufti dan orang-orang dalam jabatan agama tidak menghentikan telatah Najib ini yang jelas mempersendakan agama.”

Najib dijangka melakukan sumpah laknat di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur selepas solat hari ini. – 20 Disember, 2019.

SUMPAH

KARUT MARUT

ERTINYA

GANI PATAIL

HILANG KERJA

SHAFIE NGANGUR

SHARIZAT TUTUP

KEDAI

IDEA KARUT

LAGI TAK 

MASUK AKAL
KAH KAH KAH 
-----------

Tiada ulasan: