Khamis, 9 Januari 2020

TAKDA KES





SAMPAI AMERIKA

NAK CARI BUKTI

INI HEBAT 

Video seks tidak jelas, tiada kes untuk didakwa, kata peguam negara

TIADA pendakwaan jenayah akan dikenakan terhadap mana-mana pihak berhubung rakaman video seks yang dikaitkan dengan ahli politik, kata Peguam Negara Tommy Thomas, kerana siasatan pakar dalam dan luar negara tidak dapat mengenal pasti dengan muktamad identiti pelakunya.

Thomas merujuk pada rakaman yang tersebar pada Jun lalu yang dikaitkan dengan menteri kabinet Mohamed Azmin Ali.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu tiga hari selepas pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) mengumumkan kertas siasatan siap dan sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

“Setelah menyemak keterangan yang telah dikumpulkan dan dikemukakan oleh PDRM kepada jabatan ini, timbalan pendakwa raya sebulat suara mengesyorkan kepada saya bahawa tiada pertuduhan boleh dibuat berhubung dengan video berkenaan.

“Saya telah menerima syor tersebut dan membuat keputusan tidak mendakwa mana-mana pihak,” katanya.

Thomas bagaimanapun berkata kes boleh dibuka semula sekiranya ada bukti baru.

Dalam kenyataannya Thomas menjelas proses siasatan yang dijalankan sehingga membawa kepada keputusannya yang diumumkan hari ini.

Katanya, video berkenaan telah dihantar kepada pakar di dalam dan di luar negara untuk menentukan ketulenan dan pengecaman pelakunya.

Pada masa sama, pihak polis juga mengambil keterangan saksi, yang semuanya disertakan dalam kertas siasatan yang diserahkan ke pejabatnya, tambah beliau.

Selepas CyberSecurity Malaysia merumuskan bahawa rakaman itu tulen tetapi identiti pelakunya tidak dapat disahkan “kerana resolusi rakaman yang rendah”, pihak polis mengirimkan rakaman tersebut untuk disemak oleh pakar di Amerika Syarikat.

Laporan pakar asing itu diterima oleh PDRM pada bulan lepas, katanya.

“Laporan yang bebas ini mengesahkan dapatan Cyber Security,” kata Thomas.

Laporan itu antara lain menyebut “kegagalan untuk mengenal pasti individu-individu di dalam video tular tersebut adalah disebabkan resolusi yang rendah dan kualiti video-video dan frames video yang sedikit untuk membolehkan suspek dilihat dengan jelas.” 


LOKMAN ADAM

BAWA VIDEO

KE JAKARTA

KE LONDON

PDRM BAWA

KE AMERIKA

SEMUA JAWPAN

SAMA
KAH KAH KAH

---------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tulah, guna lagi kamera cap toraa padan muka... Elok da kantoi, bley lepas... Lain kali lepas tahu depa2 nie main je, trus tangkap... Calit pinggung cepat2, dpatkn bukti specimen... Hahahahaha.. palier handap bodo...

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkah AG dah bersihkan nama mat jemin, madey pun lega suka hati sebab mat jemin semburit dah layak jadi calon PN kahkahkah kerja tt dah mudah utk lobi madey supaya mat jemin semburit padang tembaga jadi PM ke8 tahniah tt.

Tanpa Nama berkata...

Apa la buang duit hantar ke pakar2 Indo, Australia ,UK, America semua. Akhir nya result semua sama ..tak boleh pasti.Kita kan ada bomoh teropong.Dulu bila MH 370 hilang, dia offer diri untuk teropong cari mana hilang nya, kena reject. Sampai hari ini MH 370 tak jumpa2.
Sekarang PDRM patut cari bomoh tu dan bagi die teropong sape pelaku2 dalam video tu. Gerenti tak sampai 1/2 jam dia boleh bagi pengesahan.Itu la semua tak mau fikir BMF=Bomoh Malaysia First...
emmm..emmm..emmm...sure ..sure..