Khamis, 21 Mei 2020

ADA MUSLIHAT PARLIMEN AKAN DATANG






SITI MUSLIHAT

APA PULAK

ANWAR DAH

BUAT JANJI

DENGAN 

MUHYIDDIN

KENG SUDAH

SAMPAI



Banyak muslihat sehingga sidang Dewan Rakyat akan datang, kata penganalisis

BANYAK muslihat dan tawar-menawar akan berlaku sehingga Dewan Rakyat bersidang semula pada Julai kerana Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) akan giat berusaha untuk meningkatkan jumlah majoriti, kata penganalisis.

Dengan majoriti tipis yang dimiliki PN, sebarang kemungkinan boleh berlaku, tambah mereka.

Pengarah program Merdeka Center Ibrahim Suffian berkata keadaan ini akan berterusan sehinggalah Dewan Rakyat bersidang semula.

“Namun kesudahannya nanti kedua-dua pihak mungkin tidak akan memperolehi majoriti besar.

“Sehingga pada satu ketika, apabila keadaan menjadi buntu, satu-satunya perkara yang wajar adalah mengadakan pilihan raya baharu.

Penganalisis politik Khoo Kay Peng berkata pertukaran kerajaan di Perak, Kedah dan Melaka boleh diambil sebagai contoh.

“PN dan PH menjadikannya kebiasaan baharu. Tidak mustahil ia akan berterusan,” katanya, sambil menambah kedua-dua gabungan itu mempunyai peluang sama rata untuk membentuk kerajaan.

Lantikan penting untuk sokongan

Seorang lagi penganalisis politik, Wong Chin Huat menjangkakan lebih ramai ahli Parlimen akan dilantik memegang jawatan utama dalam kementerian dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Kemungkinan besar untuk mendapatkan sokongan mereka yang berada di atas pagar ialah (melalui) lantikan sebagai duta khas bertaraf menteri atau pengerusi GLC.”

Memetik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan iaitu ahli-ahli Parlimen akan dilantik dalam GLC dan agensi kerajaan, ketika ini masih ada 38 orang yang belum diberi sebarang jawatan.

“Ada 46 ahli Parlimen yang bukan menteri timbalan menteri, timbalan speaker atau menteri besar.

“Lapan daripada mereka telah dilantik sebagai pengerusi agensi kerajaan atau GLC. Kita perlu jangkakan serami 38 atau lebih akan dilantik tidak lama lagi.”

Rakyat Malaysia perlu menjangkakan Parlimen juga belum tentu akan bersidang semula pada Julai ini kerana pandemik Covid-19 masih belum reda, kata pensyarah di Universiti Sunway itu.

“Apa yang perlu cumalah kakitangan Parlimen, atau cuma seorang dalam kawasan Parlimen diuji positif Covid-19. Dan sidang akan ditangguhkan sehingga 17 November, atau Oktober, semasa pembentangan belanjawan negara.”

Ahli Parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamad sepatutnya membentangkan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semasa sidang sehari Dewan Rakyat, Isnin lalu. Sidang bagaimanapun dihadkan hanya untuk mendengar titiah diraja oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sehari kemudian, pendaftar pertubuhan (RoS) mendedahkan Dr Mahathir bukan lagi pengerusi Bersatu kerana telah meletak jawatan pada hujung Februari lalu.

Dalam sepucuk surat kepada Bersatu pada 5 Mei, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Masyati Abang Ibrahim mengesahkan jawatan pengerusi Bersatu kini berhak disandang oleh presidennya Muhyiddin, selaras dengan peruntukan perlembagaan parti.

Pengarah Eksekutif Ilham Center Mohd Azlan Zainal berkata walaupun Muhyiddin telah mengangkat sumpah sebagai perdana menteri, jumlah sokongan yang diperolehinya masih menjadi persoalan.

Katanya, majoriti sokongan 114 ahli Parlimen itu perlu dibuktikan dengan jelas. – 21 Mei, 2020.


MANA ADA

MUSLIHAT

TIAP HARI

BUDAK SURUHAN

ANWAR MERAYAU

DI PEJABAT

MENTERI

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: