Ahad, 3 Mei 2020

KORONA TAK AMBIL POT HAL SEMBAHYANG








VIRUS KORONA

TAK AMBIL POT

SEMBAHYANG

ATAU TAK 

SEMBAHYANG

Satu kluster baharu Covid-19 libat 6 pelajar tahfiz di Pahang

SEBUAH sekolah tahfiz di Temerloh, Pahang menjadi kluster terbaru Covid-19 selepas enam pelajar madrasah itu antara direkodkan dalam kes baharu virus itu hari ini.

Kluster Tahfiz Lanchang akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak lama lagi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

“Ini merupakan kluster baharu dengan enam kes baharu. Kita akan meletakkan sekolah ini di bawah PKPP. Hanya sekolah tahfiz ini sahaja.

“Kita juga akan mengesan mereka yang merupakan kontak rapat dengan enam kes tersebut,” kata Dr Noor Hisham dalam sidang media harian perkembangan Covid-19 hari ini.

Beliau berkata sekolah tahfiz itu sudah ditutup disebabkan PKP tetapi masih ada staf dan pelajar tinggal di sana.

Jumlah kes positif Covid-19 baharu di negara ini kembali mencatat  tiga angka, dengan 105 jangkitan baharu, satu jumlah angka yang tertinggi dalam tempoh 16 hari.

Jumlah kes keseluruhan ketika ini adalah 6,176, daripada jumlah itu, 1,747 adalah kes aktif.

“Jumlah kes jangkitan aktif Covid-19 adalah 1,747 kes. Mereka telah dikuarantin dan diberi rawatan,” kata Dr Noor Hisham.

Dari jumlah 105 jangkitan baharu itu, 94 kes adalah daripada penularan tempatan, dan 11 lagi adalah kes yang diimport.

Daripada penularan tempatan, 38 daripada mereka melibatkan warga asing, dan 56 yang lain adalah warga Malaysia. – 2 Mei, 2020

KORONA

TAK PILIH

MANGSA

KHALAS

Tiada ulasan: