Sabtu, 23 Mei 2020

TAKDA KERJA BAWA BAHAYA



61,000


ANGKA MANJA

KAH KAH KAH

INI ANGKA 

BERDAFTAR

RATUSAN RIBU

TAK DAFTAR

KERJA SENDIRI

PENDATANG 

HARAM


AKAN BAWA

MASAALAH

Walau ekonomi mula dibuka, kadar pengangguran dijangka naik 5%

AHLI ekonomi meramalkan kadar pengangguran di Malaysia akan mencecah 4.5% sehingga 5% dalam tempoh beberapa bulan lagi kerana kelembapan ekonomi disebabkan wabak Covid-19.

Kadar pengangguran sudahpun mencapai 3.9% pada Mac, melepasi rekod sebelumnya yang dicatat pada 2000 iaitu 3.69%.

Menurut ahli ekonomi lagi, disebabkan wabak masih memberi kesan kepada ekonomi pada April dan Mei, lonjakan kadar pengangguran bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Pengarah Eksekutif Pusat Kajian Sosio-Ekonomi Dewan Perdagangan Cina Malaysia Lee Heng Guie memberitahu The Malaysian Insight yang kadar pengangguran memang boleh mencecah 4.5% sehingga 5%.

Katanya, kadar pengangguran mungkin mula melonjak pada hujung suku kedua atau suku ketiga tahun ini.

Antara yang terjejas teruk kerana wabak Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dikuatkuasa untuk mengekangnya adalah mereka yang bekerja sendiri, yang pada Mac berjumlah sekitar 2.8 juta orang.

Jabatan Tenaga Kerja sebelum ini berkata pasaran dijangka terjejas teruk kerana PKP yang dikuatkuasa sebulan pada April dan hanya mula dilonggarkan pada Mei.

Menurut jabatan lagi, jumlah penganggur dijangka naik sehingga 61,000 sekarang berbanding 52,000 orang pada tempoh sama tahun lepas. – 23 Mei, 2020.


BILA TAKADA

KERJA 

TAKDA DUIT

ROMPAK SAMUN

PECAH RUMAH

AKAN TIBA

APA AKAN JADI

DENGAN 

PENDATANG 

HARAM ?

KHALAS

Tiada ulasan: