Sabtu, 23 Mei 2020

TIGA BAHAYA DARI PENDATANG HARAM





TIGA  BAHAYA

PENDATANG

 HARAM


Kawalan keselamatan sempadan diperketat, kata Ismail Sabri


PASUKAN keselamatan akan meningkatkan kawalan sempadan negara dalam beberapa minggu akan datang bagi menghalang kemasukan pendatang haram, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, beliau bimbang pendatang haram akan cuba menceroboh masuk ke negara ini selepas Hari Raya.

“Kita bimbang pendatang haram dari negara jiran akan kembali, terutama apabila sektor pembuatan dan sektor lain dibuka semula selepas cuti Hari Raya.

“Kita telah keluarkan arahan kepada agensi penguatkuasa yang mengawal sempadan, termasuk laluan haram, untuk memperketatkan kawalan keselamatan sempadan,” katanya yang juga menteri pertahanan pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Ismail berkata, usaha sama daripada pelbagai agensi keselamatan membawa kepada penahanan 287 pendatang asing dan 28 tekong ketika mereka cuba membolosi sempadan negara secara haram.

Menurut Ismail, pendatang haram ditangkap di pantai barat semenanjung, sempadan Malaysia-Thailand, sempadan Sarawak-Indonesia dan pantai timur Sabah.

Pihak berkuasa turut mengusir 29 pendatang haram yang menaiki tiga buah bot ketika cuba memasuki sempadan negara.

“Mereka bukan sahaja penceroboh tetapi juga mungkin pembawa Covid-19 yang boleh menyebarkan virus itu kepada rakyat kita.

“Kerajaan menerusi agensi penguatkuasa akan terus memperketatkan kawalan sempadan.– 23 Mei, 2020.


KERJA TAKDA

DIA MENYAMUN

BAWA KOBID

DUDUK BERASAK

SEBAR KOBID

KHALAS

Tiada ulasan: