BERKHALWAT
HARI INI SABTU 20/6/2020
KITA BERKHALWAT
MASUK KE HARI 65
APAKAH KEBOSANAN SAMPAI
DAN
HIDUP KITA TAK MACAM DULU
PAGI INI
DIPINTU MASUK HOKKIEN
GUA DITEGUR OLEH TUPAI
INI AMAT JARANG BERLAKU
DALAM HOKKIEN
MEMANG RAMAI TUPAI
ADA TUPAI POKOK
DAN RAMAI TUPAI TANAH
EZI DAN TAK TAK
SELALU KECEWA
MENGEJAR TUPAI
KEMUDIAN SANG TUPAI
MEMANJAT POKOK
TAK TAK AKAN
MELAUNG DARI BAWAH
SANG TUPAI DAH SELAMAT
HOKKIEN BASAH
HUJAN PETANG KELMARIN
KUALA LUMPUR REDUP BERKABUS
BANGUNAN KLCC DITUTUP AWAN
AH!
MURAM INI MENJADI CERAH
KERANA SAEKOR MURAI
BUKAN MAIN SUKA
TAK TAHU APA YANG DITEMUI
DARI GAUNG BAWAH BUKIT
KEDENGARAN
TAK PUTUS PUTUS
SANG MURAI BERCERAMAH
KEGUMBIRAN HIDUP INI
SEKALI LIHAT
DATANG DARI LUARAN
TAPI
HAKIKATNYA KEGUMBIRAAN
DATANG DARI DALAM
DIRI KITA
KESEDIHAN ITU JADI SEDIH
JIKA KITA SELALU MENGINGATI
LUPAKAN DAN TERUSKAN
BERGUMBIRA
RAMAI TAKUT JIKA
PERUBAHAN BERLAKU
SABENARNYA
PERUBAHAN ITU TIDAK MENYUSAHKAN
YANG MENYUSAHKAN
IALAH KITA
YANG MELAWAN PERUBAHAN
AMIN
SELAMAT BERKHALWAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan