Rabu, 10 Jun 2020

PAS DAN BERSATU



APA HAL NI

LAIN BUNYI

SATU CAKAP INI

SATU CAKAP ITU

MANA YG BETUL

KAH KAH KAH



Pembahagian kerusi tidak pernah dibincangkan – Khaled

KUALA LUMPUR – Setakat ini belum ada perbincangan antara Barisan Nasional (BN), Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung pembahagian kerusi, kaedah dan asas pengagihan.

Perkara itu ditegaskan oleh Naib Presiden UMNO,  Mohamed Khaled Nordin.

“Apa yang saya tahu, belum pun lagi perbincangan mengenai pembahagian kerusi, kaedah dan asas pengagihan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas,  Takiyuddin Hassan yang memaklumkan kerjasama politik Pas, BN dan Bersatu semakin mantap, sekali gus memperkukuhkan lagi kedudukan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menjadi kerajaan hari ini.

Katanya, tanpa menghiraukan segala spekulasi pembangkang yang hanya berupa perang psikologi semata-mata, Pas akan terus komited mendukung dan mempertahankan kedudukan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama barisan Kabinet.

Pas, katanya, yakin parti-parti yang membentuk PN telah bersedia untuk memacu tenaga dan jentera bagi melengkapkan persiapan dan kesiapsiagaan barisan bersama termasuk memuktamadkan pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 meskipun tarikh belum diputuskan. – MalaysiaGazette


PUTAR JANGAN

TAK PUTAR

Tiada ulasan: