Rabu, 8 Julai 2020

ANWAR BERKOMPLOT DENGAN MUHYIDDIN





FITNAH JAHAT

TERUS  DITULAR

TERHADAP

PEMIMPIN ISLAM

ANWAR IBRAHIM

YANG JUJUR

WARAK SUCI

DAN SELALU

JADI IMAM

AMIN

INI KERJA JAHAT

KAKI CEMBURU

PADA 

PEMIMPIN ISLAM



Anwar nafi berkomplot dengan Muhyiddin Yassin

Presiden PKR, Anwar Ibrahim menafikan beliau sedang merancang untuk memberi sokongan kepada Perdana Menteri,  Muhyiddin Yassin untuk mengukuhkan kedudukannya dalam menghadapi usul undi tidak percaya di Parlimen nanti.

Beliau membantah sekerasnya kononnya beliau sedang merencana dengan beberapa watak pengkhianat ekoran perselisihan dalam Pakatan Harapan Plus ketika ini berhubung calon Perdana Menteri.

Anwar menegaskan, ia hanyalah helah kelompok yang digelar sebagai kemaruk kuasa.

“Ingin saya tegaskan ia ternyata helah kelompok yang kemaruk kuasa. Fitnah akan dijadikan dalih dan alasan mereka bertapak.

“Saya tidak berkomplot di belakang seperti sesetengah pihak yang lain.
“Ia tidak pernah dibincang dalam Keadilan atau di peringkat Pakatan Harapan, dan tidak dibangkitkan dalam pertemuan saya dengan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin atau Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin,” ujarnya.

Terdahulu, timbul cakap-cakap bahawa Anwar sedang merancang membantutkan usaha Mahathir untuk berkuasa semula sama ada melalui dirinya sebagai Perdana Menteri ataupun melalui proksinya.

Dakwaan tersebut timbul selepas Setiausaha Agung Bersatu,  Hamzah Zainuddin, mengaku bertemu dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu baru-baru ini

Hamzah Bagaimanapun enggan mendedahkan butiran perbincangan dalam pertemuannya bersama Anwar dan memaklumkan pertemuan tersebut hanya sebagai urusan peribadi individu yang sudah lama tidak berjumpa.

Sebelum ini, Ketua Whip PKR,  Johari Abdul turut mengesahkan yang memaklumkan Anwar juga ada bertemu dengan Muhyiddin bagi membawa agenda reformasi.

BERAPA KALI

NAK TERANG

TAKDA APA

KOMPLOT

TAKDA DEAL

TAK BUKA 

FAIL LAMA

JANGAN DENGAR

FITNAH TOHMAH

TAK CAYA SILA

TANYA YB JO ABDUL

AMIN

1 ulasan:

Awanama berkata...

Eleh, anwar jumpa hamzah saje nak tau apa kabar bini dia. Kan dulu ada skandal?