Khamis, 30 Julai 2020

POLITIK MAKIN BERAT





JAWATAN MAHU

TAPI TAK NAK

JADI KERAJAAN

BERAT MAKIN 

BERAT



Umno tidak sertai Perikatan, umum Zahid Hamidi

UMNO tidak akan menyertai Perikatan Nasional (PN), jika ia didaftarkan, tetapi akan amenyokong kerajaan yang dibentuk oleh gabungan itu di Putrajaya dan beberapa negeri, kata presidennya Ahmad Zahid Hamidi.

Umno tidak menyertai gabungan itu kerana mahu memperkukuhkan kerjasama politik dengan PAS dalam Muafakat Nasional (MN) dan komponen Barisan Nasional (BN), jelasnya.

“Umno membuat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional, sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional bersama-sama dengan PAS dan komponen Barisan Nasional.

“Sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional hanya berlandaskan sokongan ahli Parlimen Umno dan BN serta Adun dalam pembentukan kerajaan pusat dan di beberapa negeri tertentu,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Bersatu mahu masuk Muafakat Nasional

Zahid berkata Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin semalam memaklumkan hasrat partinya mahu menyertai MN. Hasrat itu disampai dalam pertemuan perdana menteri bersama ahli Parlimen BN di bangunan Parlimen tengah hari semalam.

“Hasrat Bersatu ini akan diperbincangkan dengan pihak PAS untuk diperhalusi,” katanya.

Katanya, beliau menyerahkan kepada jawatankuas induk MN untuk menimbang hasrat Bersatu, dengan melihat sejauh mana penyertaaan parti itu akan mengukuhkan lagi muafakat demi kepentingan rakyat dan negara.

Sementara itu, menjawab soalan wartawan, Zahid berkata keputusan tidak menyertai PN dibuat oleh Majlis Tertinggi Umno dalam mesyuarat pada 24 Julai.

Katanya, keputusan itu mengambil kira bahawa MN adalah wadah terbaik untuk Umno dan PAS dan parti-parti lain menghadapi “apa saja kemungkinan dalam waktu yang terdekat”.

Beliau berkata keputusan itu “sudah difikirkan semasak-masaknya” oleh kepimpinan Umno dan BN. – 30 Julai, 2020.

KACAU MACAU 

BERMULA KERANA 

ANWAR IBRAHIM

 GILA NAK JADI 

PERDANA MENTERI

AMIN



Tiada ulasan: