Selasa, 25 Ogos 2020

JADI BEG BIRKIN







JADI KELAB

JADI CABANG

JADI SAYAP

KAH KAH KAH

KENAPA TAK

BOLEH JADI

AHLI BIASA

KAH KAH KAH

BERAT INI

MAKIN BERAT

Akar umbi Bersatu 

berbelah-bagi 

beri jawatan 

pada bukan Melayu
AKAR umbi Bersatu berbelah-bahagi dengan keputusan parti itu yang mahu membuka ruang di barisan pemimpinnya untuk disertai ahli bukan Melayu.

Anggota parti ini memberitahu The Malaysian Insight, mereka kurang senang dengan keputusan itu kerana melihat Bersatu lari daripada matlamat asal memperjuangkan hak Bumiputera.

Kalangan pemimpin parti itu juga melihat ia tidak lebih daripada usaha untuk membolehkan pengikut Mohamed Azmin Ali, yang disingkir daripada PKR untuk mendapat jawatan dalam Bersatu.

Walau bimbang, kalangan pemimpin parti juga juga tidak menolak langkah tersebut perlu bagi kelangsungan parti pribumi itu berdepan dengan pilihan raya akan datang.

Menurut bekas anggota majlis tertinggi Bersatu Faiz Na’aman, beliau percaya penyesuaian itu tidak akan menyebabkan parti berubah sepenuhnya menjadi PKR.

“Sebab (jadi) begini ada banyak pengikut YB Azmin yang bukan Melayu jadi memang Bersatu cuba hendak beri peranan sebab mereka yang tuntut (penyertaan) dalam parti politik.

“Kemungkinan besar kita takkan menjadi seperti PKR. Kalau PKR konsepnya lain, pelbagai kaum. Katalau Bersatu, wujud wadah khas macam PAS (untuk bukan Islam dan bukan Melayu bergiat).”

Jelasnya mesyuarat terakhir jawatankuasa tersebut juga tidak membincangkan usul pindaan untuk menjadikan Bersatu parti berbilang kaum seperti PKR.

Sebaliknya, cadangan yang dibincangkan itu ialah pindaan yang membolehkan parti mewujudkan jawatan khas atau kedudukan khas wakil bukan Islam seperti dalam PAS, kata Faiz.

Contoh itu merujuk kepada sayap Dewan Himpunan Penyokong PAS yang ditubuhkan khas untuk melunakkan imej konservatif parti itu di kalangan pengundi bukan Melayu.

“Untuk pinda perlembagaan ada perkara khusus yang kita pinda. Maksudnya bukan kita pinda untuk ahli bukan Islam boleh pegang jawatan apa saja dalam parti.

“Apa yang kami faham ada sedikit pindaaan supaya mungkin ada jawatan khas sama ada dalam majlis presiden atau majlis pimpinan tertinggi untuk ada jawatan khas wakil bukan Islam,” katanya.

Beliau mengulas pengumuman Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengenai usaha untuk mengkaji perlembagaan bagi membolehkan ahli bersekutu memegang jawatan.

Muhyiddin berkata kajian itu akan dilaksanakan oleh jawatankuasa diketuai bekas anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Rais Yatim sebelum dibentangkan kepada MPT.

Bekas ketua bahagian Hulu Langat, Rais Zulkifli pula berkata majoriti akar umbi sememangnya bimbang pindaan perlembagaan tersebut akan menjadikan Bersatu tidak ubah seperti PKR.

Namun beliau juga bersetuju dengan penjelasan dibuat salah seorang pengikut Azmin, Zuraida Kamaruddin, mengenai kemasukan ahli bukan Melayu.

Katanya dalam pertemuan dengan ketua bahagian di peringkat Selangor baru-baru ini, Zuraida menjelaskan, langkah itu untuk membolehkan calon Bersatu boleh bertanding di kerusi campuran.

Justeru, akar umbi tidak boleh melatah dan perlu menunggu sehingga struktur lengkap diumumkan sebelum menilai tindakan tersebut, kata Rais.

“Ramai juga ahli yang tanya pada saya adakah Bersatu akan jadi macam PKR. Kerana mereka risau Melayu tak ada platform lepas ini.

“Ketika ini terlalu cepat untuk ahli melatah kerana masih tidak jelas struktur parti macam mana apabila dipinda adakah akan ditubuhkan satu sayap baharu atau seperti PAS,” katanya.

Timbalan Ketua Bahagia Sipitang Mazlan Manan turut senada dengan Rais dan berkata akar umbi parti melihat isu itu dengan bimbang dan berbelah bahagi.

“Perasaan mereka bercampur-baur. Mereka lihat ada kelebihan dan kontra dengan keputusan tersebut,” katanya.

 
NI NAK

JADI MACAM

BEK BIRKIN

DALAM BERSATU

KAH KAH KAH

HANYA DIPAKAI

JADI AKSESORI

KAH KAH KAH

AMIN

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

masa mula2 tubuh parti politik, semua nak jadi jaguh pembela bani melayu. bila dekat pru baru sedar yg malaysia ni dihuni pelbagai bani. kahkahkah mat semburit and the gang secara rasmi dah join bersatu, terpaksa la malikul sembab ubah perlembagaan parti sebab dibelakang mat semburit ada bani india dan cina. sekarang ni akar umbi bersatu ramai yg tak puas hati sebab bersatu dah jadi parti pelbagai bani mcm pkr dan dap. kahkahkah sepatutnya mat semburit and the gang tubuh jer parti baru berasaskan pelbagai bani... tak yakin ke? hang kata yang terra, buat la parti sendiri gabungan mak lampir, tian chua, haniza dan dan dan. kahkahkah

cikminah berkata...

Mengapa Azmin tak mahu tubuh party baru sendiri.....???

Tak cukup kejantanankah, jadi tetpaksa menempel kepada PPBM..?

Sungguh memalukan kejantanan Azmin kalau dibandingkan dgn kejantanan Atok dan adik kecik Saddiq. Dua-dua takda 200 ribu followers tapi berjaya membuktikan kejantanan masing-masing!

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah........
apek plagarism......
berape tahun dia makan babi......
brapa kali cuci darah..........
kah kah kah........
apek teringin nak capai bidadari..........
kunci bidadari ada kat senik......
tokoh nenas.......
kah kah kah.....

Tanpa Nama berkata...

Ala apa masaalahnya. Senang saje.. suruh bukan melayu sunat dulu sebelum beri jawatan dlm Bersatu. Semua beres. Hokay.