Isnin, 31 Ogos 2020

PELABUHAN KLANG KENA SERANG










AWAS

SERANGAN

DAH  SAMPAI

Kluster baharu Covid-19 dikesan di hospital di Kedah dan Pelabuhan Klang

KEMENTERIAN Kesihatan telah mengesan dua kluster baharu Covid-19 melibatkan seorang pekerja kesihatan di Hospital Sultanah Bahiyah di Kedah dan satu lagi melibatkan kapal yang berlabuh di Perlabuhan Klang, kata Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini.  

Kluster Pelabuhan Klang dikenali sebagai kluster Glen datang daripada warga asing yang merupakan anak kapal.

Ketua Pengarah Kesihatan berkata pesakit sudah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan.

Lapan orang sudah menjalani saringan dan dua diuji positif sementara enam lagi negatif. 

Kes kedua dalam kluster ini adalah rakyat Malaysia yang merupakan ejen yang dilantik oleh syarikat perkapalan.

Pemeriksaan kes aktif dan kontak masih dijalankan serta kapal sudah dibersihkan dan dibasmi kuman, kata Noor Hisham.

Beliau menambah bahawa sumber jangkitan masih dalam siasatan.

“Pemeriksaan kesihatan semasa masuk dan keluar adalah penting kerana ia merupakan bentuk langkah kawalan sempadan antarabangsa untuk mengekang kemasukan individu yang berpotensi dijangkiti Covid-19 di negara ini.

“Oleh itu langkah kawalan harus diperketat untuk mengelakkan penyebaran Covid-19,” katanya.

Kluster kedua di Hospital Sultanah Bahiyah di Kedah dikenal pasti sebagai kluster Telaga.

Kedua-dua pesakit dalam kluster ini adalah kakitangan hospital tetapi tidak ditugaskan untuk merawat kes Covid-19.

Setakat tengah hari tadi, seramai 374 orang termasuk kakitangan hospital, ahli keluarga dan kenalan lain disaring.

Seramai 372 individu diuji negatif untuk koronavirus.

“Sebagai langkah pencegahan, pemeriksaan secara bersasar akan dilakukan,” kata Noor Hisham.

Beliau berkata hospital telah dibersihkan dan dibasmi kuman serta perkhidmatan tidak terganggu.

Punca jangkitan masih dalam siasatan. – 30 Ogos, 2020.


HATI HATI

JAGA JAGA

KHALAS

Tiada ulasan: