Selasa, 29 September 2020

LOKMAN ADAM BERI AMARAN LOKMAN ADAM

 


LOKMAN ADAM

BUAT KENYATAAN

LOKMAN ADAM

KAH KAH KAH

AMARAN 

LOKMAN ADAM

TUJUH HARI

UNTUK ZAHID

KAH KAH KAH

KATA DUA ITU

IALAH

FULUSKU MANA

KAH KAH KAH



Penyokong Najib beri kata dua kepada Zahid mengenai Bersatu 

PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi diberi tempoh tujuh hari oleh penyokong setia bekas presiden Najib Razak, untuk memberi pengajaran kepada Bersatu kerana membuli parti Melayu itu dalam beberapa isu.

Ahmad Zahid diberi amaran sekiranya beliau tidak mengambil tindakan terhadap Bersatu, yang diterajui Perdana Menteri Muhyiddin Yassin maka tindakan akan diambil bagi menggantikan presiden Umno.

Amaran itu dibuat oleh penyokong setia Najib, Lokman Noor Adam yang mahu Ahmad Zahid keluarkan Umno daripada Perikatan Nasional.

Lokman menerusi Facebook hari ini berkata, ahli Parlimen BN perlu menyatakan pendirian mereka.

“Tujuh hari bermula hari ini, ahli Parlimen BN perlu mengambil keputusan . Mereka tidak boleh tunggu lagi.

“Sebelum ini strategi nak bersama dengan Anwar Ibrahim namun Tuanku tidak menerima Anwar kerana berada di IJN (Institut Jantung Negara). Kita tidak boleh nak buat apa-apa. Maka kita terpaksa tunggu Tuanku.

“Tetapi ahli Parlimen BN ada jalan keluar. Tidak lama lagi ada pengundian di Parlimen untuk meluluskan bajet.

“Inilah masa yang sesuai untuk kita umumkan keluar daripada Perikatan Nasional kerana hari ini kerajaan Muhyiddin jelas membuli Umno,” kata Lokman.

Minggu lalu, Zahid berkata beliau tidak dapat menghalang mana-mana ahli Parlimen Umno yang mahu menyokong Anwar sebagai perdana menteri selepas ketua pembangkang itu mengumumkan mempunyai sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan baharu.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin Umno menafikan mereka meninggalkan Perikatan Nasional.

Sementara itu, Anwar masih menunggu untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Lokman menyatakan tidak puas hati terhadap keputusan untuk tidak melantik Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin sebagai ketua menteri, dan mengatakan ia adalah penghinaan kepada Umno kerana parti itu mempunyai jumlah kerusi yang lebih banyak berbanding Bersatu.

Terdahulu hari ini, Bersatu Sabah yang diterajui Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai ketua menteri walaupun parti itu hanya memenangi 11 kerusi berbanding Umno yang menang 14 kerusi pada PRN.

Lokman juga berkata, sebelum hari penamaan calon, Umno dan Barisan Nasional sudah dibuli berhubung rundingan kerusi.

Katanya, BN tidak boleh menang besar kerana gabungan itu tidak bertanding di semua kerusi.

“Parti kecil membuli parti yang lebih besar. Sampai bila kita nak dibuli oleh budak-budak ini. Cukuplah.

“Jika Zahid berani untuk membuat pendirian ini, sewajarnya tindakan beliau disokong,” kata Lokman yang  menambah tidak ada ahli Umno yang akan benarkan parti itu dibuli oleh Muhyiddin.

Menurut sumber, Bung yang dilantik sebagai timbalan ketua menteri hari ini dilaporkan mempunyai perselisihan dengan Hajiji mengenai portfolio.

Sumber berkata sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk mendapatkan sokongan Umno, Perikatan Nasional menawarkan untuk melantik Bung sebagai salah seorang timblan ketua menteri dan melantiknya sebagai menteri kerja raya.

“Tiga daripada Adun berkenaan turut dimasukkan ke dalam Kabinet yang mana salah seroang daripada mereka dilantik menteri kanan sebagai balasan kepada sokongan parti,” menurut sumber berkenaan.

Namun Hajiji dilihat melanggar perjanjian itu dan sebaliknya melantik Bung ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Oleh sebab ini, Bung didakwa berang dan perselisihan itu diselesaikan selepas campur tangan Muhyiddin. Hajiji kemudian membuat pusingan-u dan melantik Bung sebagai menteri kerja raya,” kata satu lagi sumber. – 29 September, 2020


ZAHID LEMAH

HINGGAKAN

LOKMAN ADAM

BERANI BERI 

AMARAN

KAH KAH KAH

APA MAKNA NI

KAH KAH KAH

MAKNANYA

MUHYIDDIN KENA

BUAT BARISAN

BARU UNTUK

SELAMAT

AMIN



Tiada ulasan: