Jumaat, 16 Oktober 2020

INI NAMANYA REALPOLITIK

 



INI REALPOLITIK

INI UNITED FRONT

BERSATU BUNUH

MUSUH UTAMA

AMIN  

DALAM POLITIK 

SEMUA MUNGKIN

AMIN

Ku Li ikut bersaing penentuan perdana menteri, kata sumber

VETERAN Umno Tengku Razaleigh Hamzah muncul sebagai tokoh utama baharu dalam persaingan mengambil kuasa di persekutuan daripada kerajaan Perikatan Nasional yang kini hanya mempunyai majoriti tipis dua kerusi di Dewan Rakyat.

Sumber dalaman Umno mendakwa Tengku Razalaigh, atau lebih dikenali dengan nama Ku Li, telah mengadakan pertemuan beberapa pemimpin partinya sendiri serta pemimpin Amanah, DAP, dan Warisan untuk mendapatkan sokongan mereka.

Beliau juga sedang mendapatkan sokongan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Sumber memberitahu The Malaysian Insight, sejak beberapa minggu lepas dua pemimpin yang pernah berseteru itu sudah bertemu dua kali.

“Mereka berjumpa sudah dua kali baru-baru ini dan antara perbincangan mereka ialah untuk membentuk satu persefahaman bersama,” kata seorang sumber.

Semalam sekeping gambar tersebar di media sosial, menunjukkan Tengku Razaleigh bersama Dr Mahathir dan isteri Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. Mereka disertai ahli perniagaan yang juga penyokong kuat Dr Mahathir, Khairuddin Abu Hassan dan isteri Umie Aida yang juga seorang bekas pelakon.

Khairuddin mendakwa gambar itu diambil empat tahun lalu, namun seorang pegawai bekas perdana menteri berkata ia dirakam bulan lepas semasa Dr Mahathir dan isteri dijemput makan malam di rumah Tengku Razaleigh.

Gambar itu juga muncul sehari selepas pejabat Tengku Razaleigh mengeluarkan surat-menyurat antara ahli Parlimen Gua Musang itu dengan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun mengenai usul tidak percaya ke atas perdana menteri yang dikemukakan oleh Dr Mahathir.

Seorang lagi sumber yang dekat dengan Parti Pejuang Tanah Air, parti baharu Dr Mahathir, pula berkata kerjasama antara dua pemimpin itu terjalin kerana mereka tidak berkenan dengan kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Mereka pernah tidak bertentang mata tetapi sekarang mereka ada matlamat sama untuk bekerjasama,” kata sumber.

Perangai parti Bersatu pimpinan Muhyiddin yang membuli terutamanya terhadap Umno, tambah seorang sumber dalaman Umno, menyebabkan Tengku Razaleigh membuka langkah politiknya.

Beliau menyebut soal pemilihan ketua menteri Sabah bulan lalu sebagai contoh.

Selepas pilihan raya negeri Sabah, Umno akur dengan konsensus mengangkat Ketua Bersatu negeri Hajiji Noor sebagai ketua menteri yang baharu.

“Ku Li tidak suka Muhyiddin kerana ada banyak perkara yang dilakukan oleh beliau tanpa berbincang dengan Umno. Ini menyebabkan Ku Li marah,” kata sumber.

Seorang lagi sumber berkata, Tengku Razaleigh yang menjadi ahli Parlimen sejak 1974, ketika kawasan pilihan rayanya dikenali dengan nama Ulu Kelantan sebelum ditukar sebagai Gua Musang pada 1986, percaya beliau masih boleh jadi perdana menteri.

Astro Awani semalam melaporkan Tengku Razaleigh mendapat dukungan 24 daripada 39 ahli Parlimen Umno, termasuk Menteri kabinet Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin. Laporan itu juga menyebut Tengku Razaleigh disokong oleh Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan, yang bagaimanapun bukan ahli Parlimen.

The Malaysian Insight difahamkan sokongan ini adalah antara perkara yang dibincangkan semasa Tengku Razaleigh menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa.

Tengku Razaleigh menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hanya beberapa jam selepas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim meninggalkan Istana Negara.

Anwar, yang juga pengerusi Pakatan Harapan, diperkenan menghadap untuk mempersembahkan sokongan yang ada padanya, yang sebelum ini disebut “kukuh dan meyakinkan”, untuk membentuk sebuah kerajaan baharu.

Istana Negara dalam satu kenyataan kemudian berkata Anwar tidak menyerahkan kepada Yang di-Pertuan Agong senarai nama sebaliknya mengemukakan jumlah mereka yang menyokongnya.

Al-Sultan Abdullah juga menasihati Anwar untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sokongan pembangkang

Menurut seorang lagi sumber, Tengku Razaleigh juga yakin kerjasamanya dengan Dr Mahathir akan menarik sokongan daripada Warisan, Amanah, dan beberapa ahli Parlimen DAP.

“Ku Li masih dengan Umno tetapi kepimpinannya diterima oleh DAP,” kata sumber.

DAP bimbang untuk menjalin kerjasama dengan kelompok pemimpin Umno yang sedang berdepan perbicaraan pertuduhan jenayah di mahkamah seperti Perdana Menteri Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak.

Dua pemimpin Umno itu dipercayai mendukung Anwar untuk jadi perdana menteri.

“Ada dua pandangan dalam kalangan akar umbi (DAP). Yang satu menolak langsung sebarang kerjasama dengan mana-mana pemimpin Umno. Yang satu lagi merasakan masih ada sesetengah pihak dalam Umno yang boleh diterima.

“Yang mana satu pun, kerjasama dengan Umno sebagai parti bukanlah dengan semua pemimpinnya,” kata seorang pemimpin DAP.

Bagaimanapun DAP juga melihat Tengku Razaleigh sebagai seorang yang bersih dan pemimpin yang dihormati, yang lebih dapat diterima oleh ahlinya di akar umbi.

“Sekiranya kerjasama itu terjalin, ia mesti dibuat secara terbuka, jujur dan telus dengan objektif pentadbiran dan sasaran utama kerajaan yang boleh dipersetujui bersama.

“Perkara ini tidak boleh dirunding secara sulit,” kata sumber DAP.

Naib Presiden Amanah Salahuddin Ayub juga bertemu dengan Tengku Razaleigh kelmarin. 

The Malaysian Insight difahamkan Amanah terbuka untuk mendukung Tengku Razaleigh sekiranya Ahli Parlimen Gua Musang mendapat sokongan yang cukup.

Tiada sokongan rakyat

Bagaimanapun pensyarah politik di Universiti Malaya Dr Awang Azman Awang Pawi berpendapat gandingan Tengku Razaleigh dan Dr Mahathir tidak akan pergi jauh kerana tidak mempunyai sokongan rakyat.

“Rakyat tidak mahu Dr Mahathir terlibat. Ia tidak akan dapat sokongan rakyat. 

“Ini hanya langkah Dr Mahathir yang jelasnya mahu menyekat Anwar daripada jadi perdana menteri,” katanya.

“Dalam Umno Tengku Razaleigh tiada pengikut. Ini akan jadi masalah. Majoriti Umno yang tidak menyokong Perikatan (Nasional) pun menolak gandingan ini,” katanya.

Minggu lalu The Malaysian Insight melaporkan Umno berpecah dengan satu kumpulan mahu terus bersama mendukung kerajaan PN sementara satu lagi, termasuk pemimpin yang terlibat dengan kes mahkamah, mahu memutuskan kerjasama.

Selepas mesyuarat Biro Politik Umno pada Selasa, Setiausaha Agung parti Ahmad Maslan mengumumkan Umno menimbang untuk menarik balik sokongan terhadap PN dan keluar dari kerajaan, melainkan PN bersetuju dengan syarat baharu yang diputuskan segera dan secara bertulis.

Kerajaan Muhyiddin dibentuk di Putrajaya sejak Mac dengan majoriti tipis dua kerusi di Dewan Rakyat. – 16 Oktober, 2020.


 KAH KAH KAH

DARI CALON TETAP

PERDANA MENTERI

KINI KU LI

MENJADI CALON

PERDANA MENTERI

KAH KAH KAH

ANWAR IBRAHIM

KINI MENJADI

CALON TETAP 

AMIN



Tiada ulasan: