Ahad, 18 Oktober 2020

MUHYIDIN HEBAT BAHAYAKAN UMNO

 


TAHNIAH 

MUHYIDDIN

STRATIJI HEBAT

BERJAYA BAHAYAKAN

UMNO

AMIN 

LAGI CEPAT UMNO 

KAMBUS 

LAGI BAIK 

UNTUK NEGARA 

AMIN




Keputusan ad-hoc Muhyiddin membahayakan Umno, kata Nur Jazlan

CARA Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membuat keputusan politik secara ad-hoc tanpa berunding terlebih dahulu dengan pemimpin Muafakat Nasional (MN) boleh membahayakan Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-15 nanti, kata Nur Jazlan Mohamed.

Timbalan Pengerusi Umno Johor itu berkata, setakat ini Muhyiddin belum menyeru untuk mengadakan pertemuan rasmi antara Bersatu, Umno dan PAS sejak Perikatan Nasional (PN) dibentuk pada Mac lalu.

“Ini cara Muhyiddin buat keputusan ad-hoc dikalangan pemimpin parti dan ini tak menghairankan kerana Bersatu sendiri tidak ada apa. Tetapi, Umno akan mengikut kehendak akar umbi (ketika membuat keputusan).

“Inilah cara Muhyiddin untuk menjaga kepentingan politiknya. Itulah sebabnya ada keretakan antara Umno dan Bersatu kerana cara Muhyiddin ini tidak mengambil kira akar umbi berbanding Umno,” katanya kepada portal berita Suara Merdeka.

Nur Jazlan berkata, satu contoh lagi ialah ketika Bersatu berubah secara drastik dari parti Melayu untuk menerima orang bukan Melayu, seminggu selepas menyertai MN.

“Tiba-tiba ahli parlimen bukan Melayu boleh menjadi ahli Bersatu.

“Ini bukan keputusan akar umbi tetapi (secara langsung) dari pemimpin sedangkan presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi lebih suka membuat keputusan mengikut sentimen akar umbi,” katanya.

Nur Jazlan berkata, keputusan Biro Politik Umno untuk mempertimbangkan meninggalkan PN dibuat oleh anggota Majlis Tertinggi (MT) dan ketua perhubungan Umno negeri yang mengikuti kehendak akar umbi.

Nur Jazlan menambah, PAS juga menimbulkan persoalan apabila keputusan PAS untuk bergabung dengan PN tidak mendapat persetujuan Umno.

“Ada kekeliruan sekarang, di pihak mana yang memimpin pemerintah, MN atau PN?

“Itulah sebabnya keputusan untuk mencadangkan MN sebagai gabungan politik rasmi menjadi dilema buat PAS.

“Adakah mereka (PAS) akan menjadi anggota MN dan PN pada masa sama?

Nur Jazlan berkata, tindakan Biro Politik Umno untuk mempertimbangkan untuk meninggalkan PN berpunca dari tindakan Muhyiddin dan anggota kanannya semasa pilihan raya negeri Sabah yang mengetepikan Umno.

“Orang-orang Umno di Semenanjung tidak digalakkan untuk menyokong Muhyiddin dan PN.

“Secara moral, Muhyiddin telah kehilangan sokongan dan haknya sebagai perdana menteri. Lebih-lebih lagi, PM yang dilantik ini adalah dari parti yang hanya mempunyai dua kerusi majoriti.” – 18 Oktober, 2020.

MALAON UMNO

TAK FAHAM

INI POLITIK 

SELAMTAKAN NYAWA NAMANYA

KAH KAH KAH

KALAU MUHYIDIN

TAK BUAT DIA

AKAN MAMPOOOS

KAH KAH KAH

KHALAS 



Tiada ulasan: