Selasa, 24 November 2020

BAHAYA MAKIN BERTAMBAH

 


BAHAYA 

BAHAYA BAHAYA

AMIN

Rekod tertinggi, 

2,188 kes positif hari ini

SEBANYAK 1,623 jangkitan baharu Covid-19 di Selangor melonjakkan jumlah kes baharu kepada angka 2,188 hari ini.

Jumlah itu angka paling tinggi sejak Covid-19 mula dikesan dalam negara, menurut data diumumkan kerajaan.

Ia menjadikan jumlah jangkitan kumulatif negara kepada 58,847 dengan 14,353 kes aktif.

Kesemua 2,188 kes membabitkan penularan tempatan.

Empat lagi kematian juga dilaporkan, menjadikan jumlah kematian keseluruhan setakat ini sebanyak 341 orang.

Jumlah jangkitan di Selangor mengatasi kes harian Sabah yang hanya mencatatkan 232 kes hari ini. 

Negeri dengan jumlah kes ketiga tertinggi adalah Perak, dengan 112.

“Sebilangan besar kes di Selangor berpunca daripada kluster Teratai dengan 1,511. Pegawai kesihatan dikerahkan ke kawasan terjejas dan ujian sedang dilakukan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.

Kluster Teratai dikaitkan dengan kilang Top Glove yang menyaksikan jangkitan merebak di asrama pekerja. 

Kerajaan mengarahkan penutupan secara berperingkat 28 kilang pembuat sarung tangan di Klang bagi menjalankan ujian Covid-19.

Kes baharu hari ini juga melebihi jumlah yang pulih iaitu 1,673.

Daripada kes aktif, 112 ditempatkan di unit rawatan rapi dan 49 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bagi kes kematian, ia melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 84 tahun dengan latar belakang penyakit kronik, meninggal dunia di Pulau Pinang, sementara tiga yang lain meninggal dunia di Sabah.

Kematian di Sabah melibatkan seorang wanita berusia 41 tahun dan seorang lelaki berusia 45 tahun. Kedua-duanya tidak diketahui sama ada mempunyai sejarah penyakit lain. – 24 November, 2020.

 JAGA JAGA

HATI HATI

JANGAN LALAI

AMIN

1 ulasan:

capt salai berkata...

Baekk punyo nombo ni...esok nak tikam la..