Selasa, 24 November 2020

KU LI TIBAI MUHYIDDIN

 


JELAS

AMAT JELAS

KU LI MEMULAKN

KEMPEN JATUHKAN

MUHYIDDIN

AMIN


Surat Ku Li isyarat untuk ahli Parlimen, kata penganalisis

TENGKU Razaleigh Hamzah menghantar isyarat kepada semua ahli Parlimen supaya mengundi Belanjawan 2021 mengikut naluri sendiri apabila beliau menulis surat kedua kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat mempersoalkan keabsahan kerajaan Muhyiddin Yassin, kata penganalisis dan sumber dalaman parti.

Sumber pembangkang berkata surat Tengku Razaleigh diedarkan kepada semua ahli Parlimen semalam untuk menegaskan mesej itu.

“Surat Ku Li tidak sepatutnya keluar sampailah Isnin. Ia sepatutnya jadi petunjuk kepada wakil rakyat bahawa mereka tidak semestinya menyokong cadangan belanjawan,” kata sumber, merujuk nama panggil veteran Umno itu.

Surat itu dilaporkan oleh media lewat Ahad selepas tersebar sejak pagi kelmarin di media sosial.

Penolakan terhadap Belanjawan 2021 boleh dianggap sebagai undi tidak percaya terhadap kerajaan dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Yang di-Pertuan Agong bulan lalu menasihati semua ahli Parlimen agar memberi sokongan padu kepada cadangan belanjawan oleh kerajaan kerana ia diperlukan untuk memerangi pandemik Covid-19.

Ahli sains politik bagaimanapun berpandangan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong bukan faktor penentu utama, dan Tengku Razaleigh tidak salah apabila berkata Parlimen adalah institusi utama berbanding institusi lain.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar berkata Tengku Razaleigh sudah membuka jalan kepada ahli Parlimen sama untuk menolak atau berkecuali semasa pengundian Belanjawan 2021 nanti.

“Tengku Razaleigh sudah buka jalan untuk ahli parlimen mengundi apa pun pilihan mereka.

“Saya setuju dengan kenyataannya, Parlimen di atas segalanya. Tiada institusi yang lebih atas daripada Parlimen termasuk eksekutif,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insight.

Surat itu juga satu tamparan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun yang dianggap condong kepada kerajaan Perikatan Nasional, tambahnya.

“Ia satu tamparan hebat kepada speaker kerana beliau nampak tunduk kepada pihak eksekutif.

“Tengku Razaleigh beri amaran tegas bahawa Parlimen perlu lebih berkuasa daripada eksekutif,” kata Hisomuddin.

Pensyarah politik Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya setuju dan berkata bahawa Tengku Razaleigh sendiri berdarah kerabat menjadikan mesejnya mempunyai makna yang besar.

“Ku Li adalah kerabat yang dekat dengan istana. Apabila beliau buat begitu, beliau tahu tentang protokol istana,” katanya.

Ahli sains politik Oh Ei Sun pula berkata titah nasihat Agong mustahak tetapi terpulang kepada setiap ahli Parlimen untuk menentukan undi masing-masing.

“Ahli Parlimen akan menimbang serius titah nasihat Agong kerana dari segi konvensyen perlembagaan baginda berhak menitahkan nasihat itu. Tetapi pada akhirnya mereka yang akan membuat keputusan sama ada meluluskan atau tidak belanjawan,” kata felo kanan di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura.

Oh menambah ahli Parlimen lain mungkin tidak mengumumkan pendirian mereka secara terbuka seperti Tengku Razaleigh kerana menunggu rundingan dimuktamadkan.

“Tidak seperti Ku Li, kebanyakan ahli Parlimen masih berahsia kerana mereka tunggu tawaran atau ganjaran yang lebih baik,” katanya.

Belanjawan 2021 dijangka diundi pada Khamis ini.

Barisan Nasional membuat dua tuntutan sebagai syarat untuk menyokong cadangan belanjawan kerajaan – pengeluaran sekali RM10,000 dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lanjutan moratorium bayaran balik pinjaman bank.

Daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat, dua kosong susulan kematian wakil Batu Sapi dan Gerik, masing-masing penyokong pembangkang dan kerajaan.

Muhyiddin mempunyai sokongan 112 ahli Parlimen sementara pembangkang 108, termasuk ahli Parlimen bebas.

Dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insight minggu lalu Tengku Razaleigh berkata ahli Parlimen seharusnya mengundi mengikut naluri dan bukannya mengikut kehendak parti.

Katanya, parti tidak berhak menentukan corak pengundian kerana wakil rakyat dipilih oleh pengundi di kawasan mereka. – 24 November, 2020

JENG JENG JENG

APA AKAN JADI

KAH KAH KAH

MUHYIDDIN

MAKIN TERSEPIT

MAKIN DITINDIH
MAKIN SUSAH 

BERNAFAS

AMIN



Tiada ulasan: