Rabu, 11 November 2020

CINTA TERLARANG




CINTA TERLARANG

Kesah  cinta ini tak habis habis.  Shakespeare  menulis Romeo dan Juliet. Usman Awang menulis Uda dan Dara. Kurban  Said menulis Ali dan Nino.  Hishamuddin Rais  menulis cinta terlarang.

Untuk aku   cinta yang agung ialah cinta yang gagal. Cinta  kemudian kahwin , kemudian beranak , kemudian bercucu adalah cinta bosan lagi banal.

Cinta gagal ini  menjadi lebih agung  bila ianya cinta  terlarang.   

Di larang – satu satunya perkataan awal yang aku belajar dalam darjah satu.  Dilarang terkencing merata-rata. Dilarang berambut panjang.  Makin lama di sekolah semakin banyak aku diberitahu  perkara  yang dilarang. Makan babi dilarang. Minum arak dilarang. Hisap rokok dilarang.

Bila aku naik darjah dua aku beli rokok cap Talipon untuk dihisap. Bila aku sampai  umur 18 tahun aku membeli  sebotol Harimau. Bila aku  sampai ke London aku mula pandai memesan ‘ full English breakfast’.  Lagi dilarang lagi nak mencuba.

Tahun-tahun 60’an kita heboh tentang ganja. Ini ketika  pop yeah yeah sedang rancak. Ketika Beatlemania sedang memuncak. Majalah Life dan  Newsweek membuat  laporan berjela-jela tentang ganja.  Tahun 1969  bila pulang bercuti  aku membeli dua kartus ganja dari kedai mamak di stesen kereta api Kuala Kangsar.  Lagi dilarang lagi aku ingin mencuba. 

Sebagai jawapan kesemua yang dilarang  maka pada tahun 2007 di Bau Bau Cafe Pasar Seni   aku paparkan papan tanda – Wilayah Dilarang Melarang. Amin

Tapi ini bukan kesah isap ganja. Ini kesah cinta. Kesah cinta terlarang.

Tahun 1966 aku dalam tingkatan tiga. Aku belum pernah jatuh cinta lagi. Cinta monyet pun tidak. Tapi kawan  aku seorang budak China bernama  Lee Keong  berminat  nak jatuh cinta dengan  anak manager panggung  wayang Ruby Theatre di Kuala Klawang. 

Aku beri sokongan kuat. Aku selalu menemani Lee bila dia cuba-cuba bertemu dengan Amoi  yang  comel dan kiut ini. Aku berharap cinta Lee dibalas. Kalau cinta ini menjadi maka aku dapat menumpang  nasib – dapat  menengok  wayang free.

Sayang sekali cinta Lee Keong ditolak. Untuk menambah kekecewaan Lee  si Amoi kiut ini telah memilih  Ragu  anak lelaki India dari tingkatan empat.

‘ Opposite poles attract each other...’ kata-kata Lee untuk menyedapkan hati.  Entah dari mana Lee dapat falsafah ini.  Orang Puteh suka Orang Itam. Amoi China suka pada Mamat India. Cinta tahun 1966 ini  cinta  monyet. Tak perlu beli kondom. Cium pipi pun tak dapat.

Ketika aku menjadi pelajar di kota London – aku buat  banyak kerja.  Bukan untuk mencari cinta tapi cari duit untuk hidup. Mulanya aku bekerja sebagai pelayan di Desaru Restaurant di  Old Compton Street – tengah tengah  wilayah Soho – wilayah lampu merah London . Kemudian berpindah   ke  Garuda Restoran 150 Shaftesbury Avenue West End London. Lima minit menapak ke Soho.

Menjadi pelayan restauran di London cukup menarik terutama di wilayah West End.  Wilayah ini dipenuhi dengan panggung  teater. Berselirat teater disana sini. Ini wilayah  bercanda canda. Wilayah restoran, pub dan cafe. Wilayah mencari cinta. Segala macam jenis cinta boleh ditemui disini. Cinta suka kena rotan pun ada. Cinta suka kena ikat pun ada. Tepok  dompet tanya Awang dalam seluar.

Di Garuda aku bertemu pelbagai makhlok. Pelbagai  jenis manusia.  Untuk pengetahuan umum – gaji sebagai pelayan di restoran milik orang Asia ini bukan mahal. Pendapatan  pelayan menjadi lumayan kerana ada tip. Tip ini duit sedekah dari pengunjung restoran yang gembira kerana khidmat melayan yang cemerlang. Duit tip ini dikumpulkan dan dibagi sama rata antara pelayan. 

Lumayan – memang lumayan.  Saku aku tak pernah kosong.

Restoran Garuda ini  dilihat ‘ Chic dan Trendy ‘. Klien yang datang pastilah  mereka yang berduit.  Atau warga  Eropah yang nak merasa masakan Melayu  Indonesia. Nak beralih selera dari makanan kebiasaan di rumah. Kuncinya disini ialah beralih selera. Nak makan benda yang tak pernah dimakan. Atau nak makan makanan yang dilarang dimakan.

Dari segi  rating Majalah Time Out  restoran  Garuda  ini tersenarai sebagai salah satu restoran Malaysia-Indonesia yang terbaik di London. Aku sendiri setuju. Di Garuda  aku temui gulai dan masakan Melayu Minang yang terbaik yang pernah aku nikmati. Di Garuda aku temui Udang Goreng Tepong terbaik dalam dunia.

Terletak di West End maka Garuda selalu didatangi  oleh bintang filem, penyanyi pop , aktor aktress  pelakun teater.  Roger Moore pelakun The Saint pernah  sampai.  Penyanyi pop George Micheal pernah sampai.  Megawati  sebelum menjadi Presiden pernah sampai. Usman Awang  ketika menziarah London juga pernah makan di Garuda.

Aku ingat lagi  malam itu - Sabtu malam Ahad. Musim bunga tahun 1990.  Dari dinding kaca  ternampak  saorang Mamat sedang menunggu. Aku kenal muka Mamat ini. Selalu muncul di TV. Aku pernah melihat Mamat ini berlakon dalam film Maurice ( 1987 ).

Hugh Grant datang nak makan di Garuda.   Ini sebelum  Hugh Grant   diingati kerana ... fuck fuck fuck fuck .... dialok  pembukaan  Four Weddings  And A Funeral yang  dibuat tahun 1994.  Salepas filem ini  nama Hugh Grant meledak sedunia.

Malam itu Hugh Grant datang dengan awek. Aku membuka pintu. Kemudian  menyediakan satu meja untuk berdua. Awek Hugh Grant malam itu seorang  Minah  mungkin dari Pakistan  mungkin juga dari India. Apa yang aku pasti awek Hugh Grant malam itu  bukan Minah Salleh. 

‘What do you recommend.... ‘ Dia bertanya tentang apa yang terbaik untuk menjamu selera.  

Satay  pergedel, udang goreng tepong  atau keropok sebagai pembuka selera. Untuk hidangan saterusnya aku bersurah tentang  ikan bawal masak sambal,  cumi cumi isi, sayur masak asam,  chicken with sambal source,  squid with sambal source. Juga aku terangkan  apa itu  Nasi Goreng, Mee Goreng dan Laksa Singapura.

‘ What is this sambal source? ‘ 

Malam itu pertama kalinya  Hugh Grant dan aweknya  menikmati  masakan Melayu. Aku hanya memerhati  mereka makan dari jauh. Pelayan dibenarkan melihat tapi bukan memandang.

Di London akhbar tabloid biasanya meninggalkan talipon kepada pelayan restoran. Jika ada bintang filem  , penyanyi pop atau orang kenamaan  yang masuk ke restoran si Pelayan boleh beri maklumat kepada akhbar. Maklumat ini akan dibayar.

Aku bayangkan esok  pagi di muka depan akhbar The Sun terpampang  tajuk  ‘ Hugh Grant with Asian Lady? atau ‘ Who is Hugh Grant New Beau.’ Ya ampoon tugas aku melayan pelanggan dengan harapan mendapat tip yang lumayan. Bukan jual maklumat.

Kemudian  Hugh Grant  datang lagi beberapa kali ke Garuda. Kami mula berkenalan baik.  Setiap kali datang  makan malam dihujung minggu dia  minta aku melayan. 

‘ Where is Isham... ooo Isham how is my Mee Goreng tonight...’   

Mamat ini suka betul dengan mee goreng.  Setiap kali dia datang dengan Minah. Aku kurang pasti Minah baru atau Minah yang sama. Tapi yang aku pasti bukan Minah Salleh.

Aku curi curi pandang meja Hugh Grant. Aku lihat Minah ini cun bergetah. Tapi bukan pelakun kerana tak pernah aku lihat mukanya mucul di Tv.  Bukan juga dari kelas kelas  akedemia.  Mungkin Minah pejabat atau peminat Hugh Gant. Hanya Guru Nanak yang tahu.

Yang jelas mereka kelihatan intim. Berdua di satu meja  melayani sebotol Chablis -  air anggur puteh. Satelah lebih dua jam mereka pulang. Pulang ke rumah siapa aku tak ambil pot. Yang aku sedar ada sakeping kertas lima pound tinggal diatas meja. Amin.

Dalam tahun  1991  Spike Lee  pengarah Mat Hitam dari Amerika membuat filem Jungle Fever. Ha ha ha. Ramai tak faham apa makna Jungle Fever.  Jungle Fever  maknanya Sosok Kulit Puteh suka bersegama dengan sosok Kulit Hitam.  Jangan lupa ada juga Yellow Fever. Ini  Mat Saleh  yang suka  bersegama dengan orang Asia – China, Melayu, Jepun  Siam atau Korea.

Ketika filem  Jungle Fever muncul aku dengar  khabar angin bagaimana Robert di Niro  telah dilempang  oleh Naomi Campell di sebuah Hotel di Berlin.  Rupa rupanya  Di Niro juga terkena penyakit  Jungle Fever dari model berkulit hitam yang tersohor itu. 

Kesah Di Niro kena lempang ini  saheh kerana aku mendengar surah ini  dari perawi   feshen pakaian. Dari saorang  pereka tektil kota  London. Komuniti feshen ini tidak besar. Kalau mereka  tidak di Cat Walk  di Paris atau di Milan mereka membawang dalam Cafe di Soho. 

Dalam cerita filem Jungle Fever  kita lihat Amerika telah moden dan maju  tetapi masyarakat kulit hitam Amerika masih tidak suka jika ada ahli masyarakat mereka  yang berkahwin dengan Minah Saleh.  Masih wujud   prejudis yang terpendam.  

Orang Hitam mesti kahwin dengan Orang Hitam. Orang Puteh jangan kahwin dengan Orang Hitam. Ini sama macam cerita filem Guess Who’s Coming to Dinner 1967. Minah Salleh  dengan Jantan Negro dalam kesah cinta terlarang.

Tetiba bulan Oktober 1992 kota London heboh.   Tabloid  rancak menjadi jadi.  Ketua Pengarah Pendakwa Raya United Kingdom yang  baru  dinobatkan oleh Baginda Queen  dengan gelaran Sir telah terjerumus dalam cinta terlarang.    

Apa yang dilakukan oleh Sir Allen Green ialah  percubaan untuk melangan pelacur  di wilayah King Cross dalam kota London. Di United Kingdom tidak salah bertogel dengan pelacur. Yang salah ialah mengganggu lalu lintas. Gangguan ini berlaku apabila bakal pelanggan  memberhentikan kereta tepi jalan dan berunding tentang harga dari dalam kereta. Ini dipanggil  ‘curb crawling’.

Ketika skandal ini pecah kawan-kawan aku  dikampus heboh berbincang. Kenapa Sir Allen  ini mencari cinta terlarang. Sosok ini pangkat tinggi. Banyak duit. Wal hal Sir Allen boleh angkat  talipon Miss Moscow pun berkejar datang. 

Aku bertambah hairan kenapa  Sir Allen perlu meletak jawatan. Aku pelik dengan budaya orang kapir ini.  Tidak ada kes polis. Tak ada apa apa dakwa dakwi. Siti Pelacur pun tak wujud. Hanya laporan media.

Aku terangkan pada kawan-kawan Mat Saleh kalau di Malaysia  kes saperti ini senang selesai. Sap sap sui.  Menteri, peguam mahu pun hakim jika dituduh  melaggan pelacur dia  boleh minta maaf  kemudian pergi Umrah.  Semua beres.  Tak perlu letak jawatan. Cinta terlarang diteruskan. Amin.

Waktu berjalan. Musim berubah. Aku selesai  belajar tapi masih berkerja di Garuda.  Hugh Grant  tidak kelihatan datang ke Garuda. Aku hanya mendengar bahawa dia sibuk dengan filem baru. Bulan March 1994 Four Weddings And a Funeral  dibuka dipanggung. Aku menonton.  Wow. Filem ini berjaya dipanggung  dan dimata pengkritik.  Nama Hugh Grant melonjak lonjak sedunia.

Kemudian aku dengar hugh Grant pergi ke Holywood. Dia disamakan saperti Cary Grant  - kacak bergaya – juga  pelakon pendatang dari United Kingdom ke Holywood.

Aku - satelah berkelana  20 tahun -  saperti ikan Salmon aku pulang ke tempat aku dilahirkan. Garuda, Soho,  King Cross dan Old Compton Street hanya terpahat menjadi ingatan. 

Tetiba pada 27 Jun 1995 aku terbaca berita peminat Mee Goreng Garuda ditangkap polis di  Los Angles.   Hugh Grant terlibat dalam cinta terlarang.   Bila aku amati berita ini aku yakin percaya dan  saheh. Hugh Grant ditangkap dalam kereta bersama Estella Marie Thompson  a.k.a Divine Brown  seorang Minah Kulit Hitam.

Aduh! Hugh Grant memang masih lagi diserang oleh Jungle Fever.  Dari laporan berita dikatakan  Minah ini sedang cuba  menghisap pedang  Hugh Grant  bila polis berkereta sampai.

Lalu aku teringat kembali kepada Sir Alllen Green.  Kenapa agaknnya sosok sosok ini  mencari cinta terlarang. Aku teringat kembali ketika aku menyorok dalam belukar menghisap rokok Talipon pada tahun 1958. Jawabnya keseronokkan.  Seronok ialah kerana ada risiko kena  marah oleh  emak abah. Apa yang dilarang membawa risiko. Risiko menjemput nikmat seronok.

Saperti kata kawan aku Lee Keong yang cintanya di tolak – opposite poles attract. Yang hitam suka yang puteh, yang puteh suka yang hitam. Lagi dilarang lagi seronok. Lagi tak boleh lagi nak dicuba.

EPILOK

Pada Jun 2018  Hugh Grant berumur 57 tahun bernikah dengan Anna Eberstein 39 tahun.  Minah ini  bukan berkulit hitam. Minah ini berambut blonde dari Sweden. 

Penyakit Jungle Fever Hugh Grant secara resmi diumumkan tamat. Tapi aku yakin virus Jungle Fever masih berterbangan. (TT)


TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DI PORTAL
MALAYSIANOW.COM

https://www.malaysianow.com/wacana/2020/11/11/cinta-terlarang/

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bro, dlm sumer surah2 cinta lu, lu hanya menempel dicelah kisah cinta orang. Main tuwi tepi je. Balik umah main pedang sendiri dgn fantasi minah bergetah milik org lain. Kahkahkah.

Matt Romeo berkata...

Bak kata orang melayu yang haram tu yang sedap tu.. Masa roger more datang kat restoran garuda tu ada tak pelayan tanya roger..more..roger..more kot la dia nak order tambah. Aritu ada kisah terlarang sunni-syiah. Smpai kurus kering tak makan kawan tu. Itu belom hebat lagi cinta paling agung last mesti minum racun atau terjun jambatan atau salah sorang bejalan langgar dinding. Cinta terlarang yang sume orang dah rasa masa mula² cukup umo dulu becinta dengan tangan itulah cinta pertama...

Tanpa Nama berkata...

Bab Appendik

Bab LARANGAN terlebih Terlarang akan meledak tidak lama lagi, sampaikan ada yg dalam kategori Klasified...orang orang ni adalah yg terpower sekali...jentik sikit aje, beratus ratus jadi mayat kat Libya lah, Irak lah di negeri Afrika lah...

Bayangkan, George Belukar yg Kecik, terpaksa togel satu grup uni kelab tengkorak dan tulang sambil cak wow berjemaah cerita segala macam berdepan cawamgan khas...kalu tak camne nak duduk kerusi empok rumah yg putih melepak?

Mana yg skandal berskandal tertiba ini sebabnya ialah, kalau mau masuk kelab kena ada kes di khalayak ramai. Nanti baru ada kita-jaga-sama-kita...budak lama KK takde ke?

Masalah nya sekarang...there's new sheriff in town, the Don is here...

Ko kan berbulan bulan mengikut si Jeffrey tu yg gantung sendiri...tu lah gang dia...

Masalah nya, orang yg tau benda benda ini takleh tidur until justice is done...

Kah... Kah... Kah...

Epilok, epilok...kota london tu salah kota terlarang...ko survive kot tu ya

Tanpa Nama berkata...

Bak kelab tengorak dan tulang... nombor keramat mereka ialah dua dan dua dan tiga... cuma tengok betul betul rtm diorang...kalau Alif tu kira satu, Ba tu kira dua, Ca tu kira tiga, apa dapat?

Kelab kita-jaga-kita ni kelab yg besar cuma ko dan aku je tak boleh join...diorang paling terra apa? Dia tayang Awang dia depan depan ko pun ko tak akan perasan...dlm bahasa england apa? Cukup setakat ni, biar gua pi muntah dulu pikir pasal orang orang macam ni...yeee...

Unknown berkata...

Ha lawak lawak.