Rabu, 11 November 2020

MENTERI MANA PUNYA MACAI

 


 MENTERI MANA

PUNYA MACAI

KAH KAH KAH

MESTI ADA

HUBUNGAN

KALAU TAK

MANA BERANI

 KLIM

KAH KAH KAH

BURUNG

 HUD HUD

KAH KAH KAH



Lelaki mengaku setiausaha politik menteri disiasat kes ugut

POLIS menahan seorang lelaki yang mendakwa bekerja sebagai setiausaha politik kepada seorang menteri semalam untuk siasatan jenayah ugut yang dilakukan ke atas pekerja sebuah kedai vape di Bukit Antarabangsa, di Ampang, Selangor, pada 3 November lalu.

Pihak pejabat menteri berkenaan bagaimanapun menafikan dakwaan lelaki itu, kata polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Fadzil Ahmat berkata pihak polis Ampang menahan lelaki itu malam tadi, selepas menerima satu laporan daripada pekerja kedai vape itu.

Katanya, pekerja kedai vape itu mendakwa beliau didatangi oleh lelaki berkenaan bersama dua rakan termasuk seorang wanita, sebelum seorang daripadanya menarik baju beliau dengan amaran supaya tidak bercakap kasar.

Pekerja kedai vape itu turut mendakwa beliau diacu dengan gunting, kata Fadzil.

“Suspek turut memaksa mangsa untuk menunjukkan rumah majikannya sebelum dia dibawa oleh suspek menaiki kereta dan menunjukkan rumah majikannya di Bukit Antarabangsa.

“Mangsa kemudiannya ditinggalkan di tepi jalan.

“Pada 11 malam semalam, suspek utama iaitu lelaki berusia 26 tahun ditahan,” katanya.

Fadzil berkata suspek ditahan reman empat hari bermula hari ini, sementara polis sedang mengesan suspek lain.

“Motif kejadian masih dalam siasatan,” tambahnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – 10 November, 2020.


 KITA TUNGGU

KES INI

PERGI MAHKAMAH

ATAU MATI SENYAP

KAH KAH KAH

LAPORAN MEDIA

BAGAI NAK RAK

LEPAS TU  SENYAP

AMIN



Tiada ulasan: