Jumaat, 27 November 2020

SIAPA PEROGOL INI



AWAS 

MEDIA BUEK

PANTEK LAGI

KAH KAH KAH

SAPO SELEBRITI?

APA NAMO?

SETESEN MANO?

KAH KAH KAH

Polis tahan selebriti rancangan realiti TV didakwa merogol

POLIS menahan seorang selebriti lelaki sebuah rancangan realiti televisyen ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, bagi memberi keterangan berhubung dakwaan merogol seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata tangkapan itu dibuat susulan satu laporan dibuat oleh mangsa berumur 23 tahun itu, pada Rabu lepas mengenai kejadian berkenaan.

Beliau berkata wanita tersebut mengenali suspek berumur 25 tahun itu menerusi laman sosial Instagram dan mereka berjumpa pada 11 September, 2019 sekitar 8 malam, untuk berbincang mengenai kaedah perubatan Islam bagi merawat masalah kemurungan dihadapi mangsa.

“Suspek membawa mangsa makan di satu kedai di sekitar Batu 3 Shah Alam, sebelum membawa wanita itu ke rumahnya di satu unit kondominium di Seksyen 7, dengan alasan untuk memberi penerangan bagaimana boleh keluar daripada masalah kemurungan.

“Semasa di kediaman tersebut, mangsa dirogol suspek. Keesokan harinya (12 September, 2019) sekitar 6.40 pagi, selebriti berkenaan memberi amaran kepada wanita itu supaya merahsiakan mengenai kejadian terbabit dan menghantarnya ke lobi kondominium untuk mangsa pulang ke rumah sewanya di Subang Jaya, menaiki kenderaan e-hailing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baharudin berkata susulan kejadian itu, mangsa dimasukkan ke Hospital Kajang pada 23 September, 2019 kerana mengalami tekanan perasaan yang teruk, serta dirujuk untuk rawatan psikiatri.

Beliau berkata mangsa kemudiannya pulang ke rumah keluarganya di Triang, Pahang pada Oktober 2019 dan menyambung rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

“Mangsa ditahan di wad psikiatri selama lima hari. Pihak hospital itu juga mengatakan wanita berkenaan mengalami tekanan perasaan yang teruk serta trauma akibat insiden tersebut. Sehingga laporan polis dibuat, mangsa masih menerima rawatan susulan di hospital berkenaan,” katanya.

Baharudin berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – Bernama, 27 November, 2020.

BAHAYO BESAR

ORANG RAMAI

TAK TAHU NAMA

AMIN

MUNGKIN AKAN

MEROGOL LAGI

KAH KAH KAH

MEDIA WAJIB

ADA ETIKA 

TANGGUNGJAWAB

BUAT LAPORAN

TUNTAS PENUH

AMIN

SELAMATKAN 

WANITA DARI

 KENA ROGOL

AMIN



BAHAYA


Tiada ulasan: