Jumaat, 15 Januari 2021

NAJIB BUAT LAWAK LAGI

 




KAH KAH KAH

INI SINDROM 

 POLIS PENCEN

KAH KAH KAH

MASA BERKUASA

JADI PENCURI

KAH KAH KAH

DAH NAK MASUK

PENJARA 

BARU SEDAR

KAH KAH KAH

WOIT

DAH TERLAMBAT

AMIN



Beri kuasa 

kepada rakyat, 

kata Najib


RAKYAT Malaysia dan Parlimen harus diperkasakan lagi kerana kerajaan semasa gagal menegakkan kebajikan rakyat, kata Najib Razak.

Bekas perdana menteri itu berkata pentadbiran Perikatan Nasional kini tidak menjaga rakyat dan keadaan ini perlu segera diperbetulkan.

“Demokrasi berparlimen dan kuasa rakyat tetap dijulang dan dihormati.

“Di masa timbulnya kegagalan memelihara keperluan rakyat dan menyelesaikan keadaan yang semakin menghimpit rakyat, maka sudah tentu akan timbul persoalan dan perbezaan. Dan wajar diperbetulkan,” katanya dalam satu kenyataan panjang di Facebook.

Beliau menambah keutamaan kerajaan adalah menjadi pelindung kepada rakyat dan mana-mana pentadbiran harus berusaha untuk berbuat baik untuk rakyat Malaysia.

“Fungsi besar kerajaan ialah menjadi pelindung kepada rakyat dan pembekal kepada keperluan rakyat.

“Dalam apa jua keadaan pun, kebajikan dan kesejahteraan rakyatlah segala-galanya,” katanya. 

Bekas presiden Umno itu memperingati pemergian ayahnya Abdul Razak Hussein yang meninggal dunia pada 1976 ketika memegang jawatan perdana menteri kedua.

Najib juga membandingkan masa ketika bapanya terpaksa meminta darurat kerana berlaku rusuhan kaum dan ketika beliau perlu melakukan perkara yang sama untuk keadaan jerebu teruk di Muar dan Ledang pada 2013.

Ahli Parlimen Pekan berkata darurat diisytiharkan sebagai “perlu dan harus dilaksanakan” tetapi itu tidak berlaku untuk keadaan darurat seperti yang diumumkan pada Selasa lepas.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa mengumumkan kebenaran atas permintaan Putrajaya untuk mengisytiharkan darurat yang akan berakhir pada 1 Ogos.

Pengisytiharan darurat dibuat sehari selepas kerajan PN mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor serta Sabah.

“Pada masa sama, saya juga menegaskan bahawa pengisytiharan darurat bencana jerebu ini tidak mengubah corak dan sistem pemerintahan kerajaan negeri mahupun Persekutuan.

“Saya mengambil iktibar daripada ayahanda saya. Kuasa pentadbiran di tangan pemimpin bukan miliknya,” katanya.

Beliau juga memberikan contoh bagaimana ketika beliau menjadi perdana menteri, beliau melancarkan banyak program untuk memberi manfaat kepada rakyat dan melihat ekonomi Malaysia berkembang.

“Pada masa itu, saya tetap meneruskan agenda ayahanda dan nadi perjuangan Barisan Nasional dengan memperkenalkan pelbagai kebajikan rakyat.

“Dari kesihatan awam, pendidikan, perumahan mampu milik, bantuan kebajikan masyarakat bulanan, elaun nelayan dan petani, geran pekebun kecil, sehinggalah kepada bantuan secara langsung kepada keluarga-keluarga.

“Saya sediakan kebajikan dan jaring keselamatan sosial (social safety net) yang menyeluruh,” katanya. – 14 Januari, 2021

WOIT

MASA JADI PM

LETUP ALTANTUYA

CURI DUIT 1MDB

AMIN

TIPU SANA

TIPU SINI

KAH KAH KAH

PASAI APA SEKARANG

CAKAP HAL RAKYAT

KAH KAH KAH

SATU DUNIA

JADI PELIK

 OOPPS... TAK PELIK 

AMIN

DAH NAK

 MASUK JIL 

NAK MINTA 

RAKYAT SIMPATI

POOORAH

AMIN



3 ulasan:

Syed Alwi Aljufri berkata...

Nasi sudah menjadi jib,,sungai buluh telah tersedia untuk menyambut tetamu yang mulia...‼️ Kah Kah Kah

Tanpa Nama berkata...

Anwar pandai lawak, sekarang Najib pula pandai lawak. TT nak pikir jemput Anwar dan Najib bentuk tim komidi tiga orang, bagi nama "3 Malaysian stooges"? Aku rasa kalau tim ni lawak babak "drop the soap" akan jadi #1 dan menang oskar ...

Tanpa Nama berkata...

Najip kata dia ambil iktibar dari bapaknya. Kahkahkahkahkah. Bapak dia kalau keluar kubur dah tentu dtg bagi penyepak kat muka dia. Malu bapak dia hari hari kena gelakkan dgn kapal sink kt kubur. Memalukan org tua sbb anak jadi scammer termasyhur didonia! Satu lagi kena gelak rajak kaw2 Sebab najip sain nak umno join dap dan pkr. Kahkahkahkahkahkahkah