Khamis, 25 Februari 2021

BANYAK KES SAMUN DAN LARI CUKAI - CUNT PIUS

 


ORANG RAMAI

CUNT PIUS

KAH KAH KAH

BANYAK SANGAT

KES SAMUN

KAH KAH KAH

KES LARI CUKAI

KAH KAH KAH

KES BERAK

TAK BASUH

KAH KAH KAH



Bicara kes penggubahan wang haram, elak cukai Rosmah bermula November

PERBICARAAN kes Rosmah Mansor berhubung pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM7,097,750 dan pengelakan cukai, akan bermula selepas Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur mendengar pembelaannya dalam kes rasuah projek solar hibrid untuk sekolah pedalaman Sarawak.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan 17 hari mulai 15 November ini untuk mendengar kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai berkenaan.Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn berkata Mohamed Zaini menetapkan tarikh itu semasa prosiding pengurusan kes hari ini.

“Mahkamah telah menetapkan perbicaraan pada 15 hingga 17 November, 29 dan 30 November, 1 dan 2 Disember, 13 dan 14 Disember dan disambung pada 2022 iaitu 10 hingga 13 Januari serta 24 hingga 27 Januari.

“Pengurusan kes ditetapkan pada 9 September tahun ini dan pihak pendakwaan akan memanggil 15 saksi pendakwaan untuk memberi keterangan,” katanya kepada Bernama melalui aplikasi WhatsApp hari ini.

Peguam Geethan Ram Vincent yang mewakili isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu turut mengesahkan tarikh perbicaraan berkenaan.

“Pihak pendakwaan juga telah memaklumkan mahkamah bahawa mereka tidak akan membuat permohonan untuk memindahkan kes itu ke mahkamah lain,” katanya melalui mesej hari ini.

Pada 18 Disember tahun lepas, Mohamed Zaini mencadangkan perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai Rosmah dipindahkan ke hadapan hakim lain bagi membolehkan ia didengar lebih awal, atau hanya mengekalkan perbicaraan itu di hadapannya.

Sebelum ini, perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai itu yang pada awalnya ditetapkan bermula Mei tahun lepas ditangguhkan bagi memberi keutamaan kepada perbicaraan kes solar hibrid, yang sedang berjalan.

Pada 18 Februari lepas, Mohamed Zaini memerintahkan Rosmah, 69, membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Mahkamah menetapkan sembilan hari, iaitu pada 9,10,15,16,17,22,23 Jun dan 12 hingga 15 Julai, untuk mendengar keterangan daripada Rosmah dan saksi pembelaan yang lain.

Rosmah berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di Kuala Lumpur, antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta  Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda nilai aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan mengelakkan cukai pula dibuat mengikut Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang menuntut Rosmah mengemukakan penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 dengan tiada sebab yang munasabah yang bertentangan dengan Seksyen 112 akta sama. – Bernama, 25 Februari, 2021.

JANGAN BERANI

LUPA

AMIN

ROSMAH NAJIB

DIBAWA KE

MAHKAMAH

IALAH KEJAYAAN

AGUNG

PAKATAN HARAPAN

AMIN



Tiada ulasan: