Isnin, 1 Februari 2021

BERAT - AMAT BERAT


 

BERAT AMAT

BERAT

AMIN

KERAJAAN MAKIN

TIDAK DIYAKINI

AMIN


Ramai rakyat tidak 

puas hati dengan

Perikatan, menurut 

tinjauan

HAMPIR 5,000 responden yang menyertai tinjauan melalui media sosial The Malaysian Insight dalam tempoh 24 jam berkata mereka tidak berpuas hati dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dalam tinjauan yang dibuat di akaun Twitter TMI pada Sabtu, 93.9% responden berkata mereka tidak berpuas hati dengan PN dengan pelbagai hujah, termasuk jatuhnya Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah Dunia, barisan Kabinet yang terlampau ramai, keputusan mengadakan perintah darurat dan karenah dwistandard dalam penguatkuasaan SOP Covid-19.

Begitu juga di Facebook, 89% daripada 2,800 responden menjawab dengan hujah sama.

Pengguna Twitter Mior Sharifuddin Mior Hamidi (@miors1994) berkata: “Negara jatuh enam mata dalam Indeks Persepsi Rasuah Dunia 2020 ke kedudukan ke-57.

“Bagaimana rakyat boleh berpuas hati dengan kerajaan pintu belakang ini?” soalnya.

Daripada hampir 60 balasan, hanya segelintir seperti Michale Yi (@MichealYi8) cuba mempertahankan PN dengan berkata: “Kami rakyat sangat berpuas hati dengan kerajaan sekarang”.

Bagaimanapun di Facebook, ada beberapa yang mempertahankan kerajaan PN dengan seorang penyokong PAS.

Pengguna Facebook Pak Andak berkata: “Hanya orang Melayu bodoh yang tidak menyukai PN kerana tidak sesuai dengan pembangkang.

“Kafir-kafir sedang tunggu Islam berpecah belah. Tidak ada parti yang bagus selain PAS sebab berusaha selamatkan orang-orang Islam dari neraka. Yang bergaduh ini bukan apa sebab penting diri sendiri. PH dah memerintah 22 bulan, lagi teruk, hancur habis.”

Namun majoriti dari 32 komentar itu juga berpendapat Perikatan tidak memerintah dengan baik, terutama dalam menangani pandemik Covid-19.

Kerajaan minoriti

Pengarah eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar berkata ketidakpuasan itu berpunca dari hilangnya kepercayaan ahli Parlimen terhadap PN , selain pengisytiharan darurat yang dibuat pada 11 Januari.

“PN gagal melawan persepsi yang mereka memohon darurat untuk selamatkan diri secara politik.

“Alasan yang diberikan PN untuk darurat bagi memerangi pandemik Covid-19 sangat berongga. Pada masa sama, gabungan itu penuh dengan konflik dalaman antara parti utama Bersatu dan Umno,” kata Hisomuddin.

Persepsi terhadap PN lebih buruk lagi dengan apa yang berlaku di Kedah ketika kerajaan pimpinan PAS membatalkan percutian Thaipusam di negeri itu, tambahnya.

“Orang bukan Melayu paling terkesan dengan kenyataan PAS Kedah yang menggegarkan keharmonian kaum di negara ini secara keseluruhan. Ini tidak pernah berlaku sebelum ini.”

Hisomuddin berkata masalah terbesar bagi PN adalah ketidakmampuannya menangani masalah ekonomi yang berpunca daripada pandemik Covid-19.

“Kerajaan sekarang tidak sensitif dengan peningkatan kos dan kehilangan kerja. Sebaliknya, PH mengutamakan masalah kos sara hidup, malah membentuk jawatankuasa khas Kabinet mengenai hal ini di bawah bekas timbalan perdana menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Namun setelah kejatuhan PH, nampaknya tidak ada usaha serius untuk menangani masalah kos sara hidup,” katanya.

Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknnologi Malaysia berkata, rasa tidak puas hati yang tinggi terhadap PN berpunca daripada sikap pilih kasih antara VIP, seluruh rakyat Malaysia dan cara perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan kini.

“Walaupun kita sudah hampir tiga minggu PKP, kes Covid-19 baharu masih meningkat.

“PN harus membuat strategi baharu bagi menurunkan angka ini,” kata Mazlan. – 1 Februari, 2021.


MASALAH BERGANDA

AMIN

KOBID MENYERANG

AMIN

EKONOMI RUNTUH

AMIN

POLITIKUS

GILA KUASA

BEREBUT KERUSI

PERDANA MENTERI

AMIN

SEMUA 

JADI KACAU

AMIN 

ORANG RAMAI 

JADI SUSAH

 AMIN 

RAKYAT HILANG

 KEPERCAYAAN

KHALAS



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yakin atau tak yakin kerajaan PN, ada siapa yang layak mengambilalih jika kerajaan PN ditukar? Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan ke? Dia tak cukup 112 kerusi; dan tak ada kecerdikan dan kaliber sebagai perdana menteri. Atok dan Pejuang ke? Atok dah umur panjang; lepas atok ada penganti? Hadi dan PAS ke? Hadi bukan fokus masalah negara kini; dia fokus hal-ehwal jangkamasa yang super-lama iaitu cari bidadari kat syurga. Sebab tu, tak payah buat tinjaun yakin atau tak yakin. Kita rakyat ikut saja Nike ... "Just Do It" ... tolong sesama diri dalam soalan kobid dan ekonomi.