Isnin, 1 Februari 2021

EKONOMI TERUS JATUH


BERAT MAKIN

 BERAT

AMIN

KACAU MAKIN

 KACAU

 AMIN

BALA DAH SAMPAI

DEPAN PINTU

AMIN

Ekonomi Malaysia diramal bertambah teruk tahun ini, 

kata Fitch Solutions

RAMALAN ekonomi Malaysia dilihat akan bertambah teruk tahun ini ketika pandemik Covid-19, yang menyebabkan kerajaan terpaksa menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan (PKP) sekali lagi, kata penyelidik Fitch Solutions Country Risk and Industry Research.

Bahagian penyelidikan bagi Fitch Group itu meramalkan penurunan pertumbuhan kadar keluaran dalam negeri (KDNK) bagi 2021 iaitu daripada 11.5% kepada 10%, di mana ia akan menjejaskan perbelanjaan kerajaan.

“Kami menyemak semula ramalan kepada 10%, daripada 11.5% sebelum ini, memandangkan pemulihan ekonomi lebih perlahan akibat kuasa beli menurun susulan tekanan terhadap pengangguran dan gaji.

“Kali ini dengan sokongan fiskal bertambah kurang, memandangkan kewangan kerajaan sudah sedia tertekan dan hampir menaikkan had hutang 60% daripada KDNK,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Kumpulan itu berkata penurunan pertumbuhan KDNK menyebabkan kemampuan kerajaan untuk berbelanja terutama bagi sektor penjagaan kesihatan yang sudah pun dalam keadaan tertekan, akan lebih dikurangkan lagi.

“Kemerosotan dalam pertumbuhan KDNK akan memberi kesan lebih negative terhadap jumlah dana sedia ada, yang diperlukan untuk mengukuhkan sistem penjagaan Malaysia.”

Antara pemerhatian lain oleh Fitch Solutions ialah termasuk jumlah kes Covid-19 yang akhirnya akan melumpuhkan sistem penjagaan kesihatan yang setakat ini beban ditanggung sudah ke tahap maksimum.

“Lonjakan jumlah pesakit Covid-19 akan melumpuhkan kapasiti sedia ada sistem penjagaan kesihatan. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyatakan sistem penjagaan kesihatan Malaysia sudah sampai tahap maksimum apabila hospital kerajaan tidak dapat lagi menampung lebih 2,000 kes baharu Covid-10 setiap hari.

“Di Lembah Klang, katil di ICU untuk pesakit Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Universiti Malaya sudah mencapai kapasiti maksimum, sementara Hospital Sungai Buloh mencecah 83% daripada kapasiti keseluruhannya,” kata kumpulan itu.

Susulan peningkatan angka kes Covid-19, Fitch Solutions berkata PKP akan dilanjutkan.

Disember lalu, agensi penarafan Fitch Ratings menurunkan kadar matawang negara daripada “A-“ kepada “BBB+”. – 1 Februari, 2021.


AWAS

KITA WAJIB

KUMPULKAN

SEMUA TENAGA

SEMUA FIKRAH

UNTUK

MENUMPASKAN

BENCANA KOBID

AMIN

LUPAKAN 

PERBALAHAN

LUPAKAN PARTI

LUPAKAN KERUSI

AMIN

SATUKAN TENAGA

UNTUK

 NUSA DAN BANGSA

KHALAS



Tiada ulasan: