Khamis, 11 Mac 2021

KOBID SELAMATKAN MUHYIDIN

 

 MAT KOBID

SELAMATKAN

MUHYIDIN

AMIN

DARURAT 

SELAMATKAN

MUHYIDIN

AMIN


Bahas usul tarik sokongan semua ahli Parlimen Umno, gesa Isham Jalil

PERHIMPUNAN Agung Umno hujung bulan ini perlu membincangkan usul supaya semua ahli Parlimen Umno menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN), termasuk mereka yang memegang jawatan dalam Kabinet Muhyiddin Yassin, kata Isham Jalil.

Katanya, kebuntuan politik di tengah perintah darurat sekarang boleh diselesaikan dengan Umno menarik balik sokongan kepada kerajaan Muhyiddin secara keseluruhan atau en bloc.

“Kita tidak boleh tunggu saja keadaan buntu macam ini… parlimen tidak boleh dibuka, darurat berterusan… kita suruh buka Parlimen dia (kerajaan Muhyiddin) tak mahu… tak boleh,” katanya yang mengusul cadangan itu sebagai ahli Umno Sungai Buloh, dalam satu wawancara di Facebook.

Isham yang juga ketua penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor berkata, Umno dan BN sudah tidak lagi terikat dengan janji kekal menyokong kerajaan Muhyiddin sehingga Parlimen bubar.

“Masa kita buat perjanjian dulu, dia pun tak cakap akan buat darurat,” tambahnya.

Jelas beliau, penarikan balik sokongan beramai-ramai semua ahli Parlimen Umno akan memaksa pihak berkuasa mengambil langkah yang seterusnya, sama ada melantik kerajaan yang baharu atau mengadakan satu pilihan raya umum.

Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata Parlimen tidak dapat bersidang di tengah darurat kerana ada alasan dari segi perundangan serta analisis data dan sains yang munasabah.

Antara lain, beliau memberi alasan lebih separuh ahli Parlimen berumur 60 tahun ke atas dan terdedah risiko jangkitan Covid-19.

Alasan Takiyuddin bagaimanapun diselar pelbagai pihak, termasuk Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkannya sebagai mencabar titah Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Agong sebelum ini bertitah Parlimen boleh bersidang di tengah darurat.

Sebelum ini, Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah juga mencadangkan agar semua ahli Parlimen BN menarik diri daripada menyokong kerajaan Muhyiddin.

Majlis Kerja Tertinggi Umno dalam mesyuarat pada 19 Februari lalu memutuskan kekal menyokong kerajaan Perikatan sehingga Parlimen bubar dan seterusnya tidak akan menyokong Bersatu pimpinan Muhyiddin dalam pilihan raya umum akan datang.

Umno dijadual mengadakan perhimpunan agung tahunan bagi 2020 pada 27 dan 28 Mac ini selepas tertangguh dua kali sejak November tahun lalu. – 10 Mac, 2021.

WOIT

BILA GEROMBOLAN

TARIK DIRI

MUHYIDIN AKAN

TERSEMBAM

AMIN

TAK BERANIKAH

 GEROMBOLAN ?

KAH KAH KAH

LAGI LAGI

YANG ADA

JAWATAN MENTERI

KAH KAH KAH

TOK EZI

CAKAP SENANG

KAH KAH KAH


Tiada ulasan: