Khamis, 11 Mac 2021

LANGKAH TEPAT LAGI BETUL

 


 LANGKAH TEPAT

LANGKAH BETUL

AMIN

ANWAR KLIM 

ADA NUMBO

AMIN

SEKARANG 

BUKTIKAN

AMIN

BAWA SEMUA

 115 YB

PENYOKONG 

DATANG

KE PARLIMEN

AMIN

JANGAN HEBOH

TAPI

TAK MELAKUKAN

AKSI 

AMIN

SELAMA INI 

HEBOH BERCAKAP

SIANG MALAM

I GOT NUMBO

AMIN

TAPI TAK BUAT

SATU HABUK

KHALAS


Ahli Parlimen rancang ‘gegar’ Parlimen?

MalaysiaNow difahamkan sekumpulan ahli Parlimen pembangkang sedang merancang untuk berhimpun di bangunan Parlimen bagi menggesa sidang Dewan Rakyat dilaksanakan sepanjang pelaksanaan darurat.

Sekurang-kurangnya tiga ahli Parlimen dari Pakatan Harapan berkata mereka memang dimaklumkan mengenai rancangan itu dan kini usaha sedang dijalankan bagi menghubungi blok pembangkang yang lain.

MalaysiaNow turut dimaklumkan beberapa pilihan sedang dipertimbangkan bagi mengelak daripada apa-apa tindakan untuk cuba menghentikan mereka daripada berhimpun di Parlimen.

Ini termasuk mendesak Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin mengadakan taklimat kepada semua ahli Parlimen mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di bangunan Parlimen.

Khairy sebelum ini dilaporkan menghantar surat makluman kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim mengenai tarikh dan tempat taklimat PICK kepada pemimpin utama gabungan politik itu.

Pemimpin PH bagaimanapun mendesak taklimat tersebut diberikan kepada semua ahli Parlimen termasuk yang bukan daripada gabungan tersebut.

“Ini adalah satu perkara yang kami bincang dengan Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun sewaktu mesyuarat minggu lepas,” kata seorang ahli Parlimen kanan.

“Mereka sekarang ini sedang giat menghubungi semua ahli Parlimen, katanya ada lebih dari 100 orang bersama pihak mereka,” kata ahli Parlimen itu lagi.

Sementara itu, difahamkan pegawai PH turut memaklumkan mengenai perhimpunan itu kepada media tempatan dan luar negara bila ia akan dilakukan.

“Penting agar acara itu mendapat liputan maksimum. Gambar ahli Parlimen tak dibenarkan masuk Parlimen boleh jadi berita yang bagus,” kata seorang ahli Parlimen dari utara Malaysia kapada MalaysiaNow.

Pemimpin PH kini giat menuntut supaya sidang Dewan Rakyat dilaksanakan sepanjang darurat.

Desakan itu lebih lantang selepas Istana Negara mengeluarkan kenyataan bulan lalu menjelaskan beberapa bidang kuasanya di bawa ordinan darurat.

Istana Negara berkata Agong boleh membenarkan sidang Parlimen diadakan pada tarikh yang sesuai sepanjang perintah darurat dengan nasihat perdana menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan baru-baru ini berkata tidak ada rancangan untuk mengadakan sidang Parlimen ketika ini dengan alasan kerajaan sedang menumpukan perhatian membendung pandemik Covid-19.

Kenyataan itu kemudiannya mendapat kritikan keras daripada Anwar yang juga pengerusi PH dalam sebuah kenyataan yang hampir serupa dengan kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun BN menarik semula kenyataan dikeluarkan Zahid itu.


 BISING HEBOH

TAK HENTI HENTI

SEKARANG

MASA UNTUK

BUKTIKAN

KHALAS



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pakatan Harapan dah lama guna taktik ini; "Standard Operating Procedure" orang yang minda pembangkang. Heboh seluruh dunia sebelum laksana. Lepas tu, gagal! Tujuan senang, supaya penyokong PH gembira. Dia orang memang tak nak rancangan mereka berjaya. Kalau berjaya, kena buat lebih kerja.

Kalau yang betul nak berjaya jadi pemerintah, dia orang pakai kasut Nike; "Just Do It!" laksana dulu baru heboh seluruh dunia. Masa Abah buat Langkah Sheraton, dia tak heboh sebelum tu, Terus buat pengumuman laksana.

Tanpa Nama berkata...

Hang pernah tahan kentut tak? Konon nak tahan kentut supaya kentut kentut terkumpul boleh dilepaskan dengan kekuatan dahsyat. Permainan masa sebelum aku disunat dulu. Tapi bodohnya aku, kentut kalau tahan sebenarnya dia keluar jugak leaking angin keluar sikit sikit tahunya bau saja ada. Permainan waktu kecil tu seronok. Waktu tak tahu hodohnya wajah dunia. Tapi,kalau dah tua pun masih tahan tahan kentut lagi mahu mengeluarkan kentut mega pada hari itu,bersama orang itu,pada waktu itu mmg kerja sia sua. Sbb yg penyuruh tahan kentut akan swipe jubo si penahan kentut. Maka kentut tetap tak dapat dikumpulkan dan rancangan kentut mega tetap akan gagal.ya, swipe jubo juga permainan masa sekolah.swipe pakai pembaris.