Rabu, 5 Mei 2021

JALAN TERBAIK

 

SOKONG

JALAN TERBAIK

AMIN

JANGAN JADI

MACAM INDIA

BODOH SOMBONG

AMIN 

DAHULUKAN RAKYAT BUKAN

 KUASA POLITIK

KHALAS



Tangguh pilihan raya hingga 2023, kata Dr Mahathir

PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu ditangguhkan hingga akhir penggal Parlimen pada 2023 untuk mengelak penularan Covid-19 yang lebih buruk, kata Dr Mahathir Mohamad.

Perdana menteri ketujuh itu memberitahu Utusan Malaysia, peningkatan mendadak kes Covid-19 selepas Pilihan Raya Negeri Sabah pada September lalu perlu dijadikan iktibar.

Oleh itu PRU15 perlu ditangguhkan walau darurat akan berakhir pada 1 Ogos, katanya.

“Saya fikir kalau nak buat pilihan raya waktu ada Covid-19, kita akan lihat perkembangan (jangkitan). Sebab itu (walaupun) selepas tamat darurat, tidak boleh diadakan pilihan raya.

“Kena tunggu mungkin sampai tarikh 2023.

“Saya tidak fikir tahun ini kita boleh adakan pilihan raya. Ini serius. Jangan main-main. Kita sudah buat di Sabah, apa jadi?” kata pengasas parti Pejuang itu seperti dipetik dalam laporan itu.

Beliau juga menjangka kedudukan Muhyiddin Yassin tergugat apabila Parlimen bersidang semula selepas darurat tamat kerana parti Bersatu pimpinan perdana menteri itu tidak menguasai majoriti.

“Kalau dia (Muhyiddin) balik kepada Parlimen, dia mungkin menghadapai masalah. Mungkin dia kalah,” katanya.

Selain itu, beliau juga melihat kerajaan pimpinan Muhyiddin tidak cekap menarik pelabur asing dan menyebabkan pelaburan berkenaan ditarik keluar dari negara ini.

Beliau berkata demikian kerana melihat pelaburan dipindah ke negara seperti Indonesia, yang menunjukkan keadaan pandemik bukan alasan untuk pelabur bertindak sedemikian.

“Itu bergantung kepada kerajaan. Kalau kita tahu cara-cara, kita boleh tarik balik pelabur kerana Covid-19 ini bukan sahaja di Malaysia, malah Indonesia pun kena Covid-19 juga.

“Jadi, apa sebab dia (pelabur) nak pindah dari Malaysia ke Indonesia?

“Bukan kerana Covid, tapi kerana kerajaan tidak cekap kalau tidak ada kepimpinan yang tahu caranya,” katanya.

Usaha membuat dasar sememangnya mudah tetapi pelaksanaannya tidak semudah itu, katanya lagi.

Beliau juga tidak dapat melihat bukti kerajaan membelanjakan dana sehingga RM600 bilion untuk menangani pandemik dan ekonomi.

“Kerajaan kata dia belanja RM600 bilion. Tetapi kita tidak nampak duit itu. Apa dia? Siapa yang dapat? You nampak? RM320 bilion untuk satu tahun dia belanja dalam empat bulan.

“Kalau belanja sampai banyak macam itu, orang semua penuh dengan duit. Tapi mana dia (duit itu)? Kita tak tahu,” katanya. – 5 Mei, 2021.

LANGKAH

TERBAIK

UNTUK 

KESELAMATAN

SEMUA

AMIN



Tiada ulasan: