Rabu, 5 Mei 2021

NAJIB PEMIMPIN ISLAM

 



NAJIB 

PEMIMPIN ISLAM

JUJUR WARAK

ALIM

AMIN

BERI SALAM

PADA KUBUR

AMIN

HANTUK KEPALA

PADA BATU ITAM

AMIN

JANGAN FITNAH

PEMIMPIN ISLAM  

AMIN

 KALAU MASIH 

PM NAJIB AKAN SELAMATKAN

 EKONOMI AMERIKA

KHALAS


Najib: 'No moral standing' atau sebenarnya penjenayah?


HARI ini begitu keras respons daripada kem bekas perdana menteri Najib Razak, apabila dikatakan beliau tidak mempunyai “moral standing” lagi dalam politik Malaysia.

Berduyun-duyun juga bala tentera cyber-troopers upahan dan juga penyokong tegar turut bersama mempertahankan “boss” kesayangan mereka.  

Hakikatnya Najib hanya berlakon. Najib sebenarnya sedang cuba sedaya upaya memadamkan ingatan rakyat terhadap segala tuduhan kleptokrasi dan rasuah yang dihadapi oleh beliau dan isterinya Rosmah Mansor.

Sememangnya Najib tidak mempunyai sebarang asas moral atau integriti untuk berlakon seolah-olah baik. Bukan sahaja rakyat Malaysia, malahan seluruh dunia tahu betapa Najib inilah yang dituduh merompak negara berbilion-bilion ringgit.

Najib inilah yang memecat Muhyiddin dan menggantikan dengan Ahmad Zahid Hamidi apabila Muhyiddin bertegas melawan rasuah dan salah guna kuasa. 

Najib inilah juga yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram. Ini semua kesalahan jenayah.

Ini bukan fitnah, bukan tuduhan tidak berasas mahupun ejekan. Ini adalah fakta sebenar yang kem beliau berusaha keras untuk kuburkan dari naratif dan perbualan rakyat. 

Jadi, apabila Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata Najib “tidak mempunyai ‘moral standing’”, sebenarnya panggilan itu boleh dianggap masih terlalu berdiplomasi.

Hakikatnya Najib adalah seorang yang telah dijatuhkan hukuman akibat kesalahan jenayah besar terhadap rakyat Malaysia.

Saya yakin rakyat tidak akan terpengaruh dengan asakan politik Najib kerana rakyat tahu beliau sedang cuba mengubah persepsi rakyat.

Mungkin Najib takut satu hari nanti rakyat akan menggelar beliau sebagai penjenayah. – 4 Mei, 2021.

TULISAN : Mohd Yazid Mohd Yunus,
 ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu 
dan timbalan ketua 
Badan Pimpinan Negeri Bersatu Pahang

NAJIB MANGSA

SUAMINYA

ROSMAH MANSOR

KAH KAH KAH

MANGSA FITNAH

ARWAH BALA

KATA NAJIB

BERJUBO DENGAN

ALTANTUYA

KAH KAH KAH



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT, bagaimana dengan juara reformasi, Anwar Ibrahim? Dia ada berapa "moral standing"? Ingat tak dia pakat dengan tim banduan nak guling Muhiyiddin. Mgapa orang Pakatan Harapan masih anggap dia penyelamat negara?