Ahad, 8 Ogos 2021

MUHYIDIN BIJAK - PECAHKAN GEROMBOLAN



 

 BIJAK BIJAK

MUHYIDIN BIJAK

KAH KAH KAH

BARAIKAN

GEROMBOLAN

KAH KAH KAH



102 ahli Parlimen sokong Muhyiddin, kata kumpulan pemikir

MUHYIDDIN Yassin mendapat sokongan 102 ahli Parlimen berbanding 118 ahli Parlimen yang menentangnya sebagai perdana menteri, menurut tinjauan yang dilakukan oleh Institut Darul Ehsan (IDE).

IDE hari ini mengeluarkan jumlah ahli Parlimen yang tidak menyokong perdana menteri selepas seramai 31 ahli Parlimen Barisan Nasional mengumumkan berpegang teguh bersama Muhyiddin Yassin semalam walaupun Umno menarik semula sokongannya kepada kerajaan.

Mereka yang menyokong Muhyiddin adalah dari: Bersatu (31), PAS (18), Gabungan Parti Sarawak (18), MCA (2), MIC (1), PBRS (1), PBS (1), dan empat bebas.

Hanya 25 ahli Parlimen Umno yang disenaraikan sebagai pro-Muhyiddin.

Mereka adalah ahli Parlimen Arau, Bera, Besut, Jempol, Ketereh, Kota Tinggi, Kuala Kangsar, Kuala Krau, Lipis, Padang Rengas, Padang Terap, Pasar Salak, Paya Besar, Rompin, Jasin, Jelebu, Maran, Padang Besar, Putrajaya , Rembau, Tenggara, Kepala Batas, Sembrong, Kinabatangan dan Kimanis. 

Bagaimanapun IDE berkata kedudukan Kinabatangan dan Kimanis tidak jelas walaupun telah menyenaraikannya di antara ahli Parlimen Umno yang berpihak kepada Muhyiddin.

25 nama itu adalah di antara 31 senarai yang dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri semalam dalam sidang media di auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Ismail Sabri berkata, 21 daripada ahli Parlimen itu hadir semalam tetapi hanya 18 termasuk dirinya yang dilihat di atas pentas semasa pengumuman berkenaan.

Lebih banyak kekeliruan muncul beberapa jam kemudian apabila dua nama yang dibacanya – Ahli Parlimen Tanjung Karang Noh Omar dan Ahli Parlimen Baling Azeez Abdul Rahim membuat sidang media berasingan di Facebook mengatakan bahawa nama mereka disertakan hanya kerana mereka menandatangani borang kehadiran.

Noh Omar berkata, ketika mesyuarat itu beliau setuju kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin masih sah sehingga Palimen bersidang pada September ini.

Kedua-duanya bersama Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada 3 Ogos apabila parti itu mengatakan mempunyai majoriti di Parlimen untuk menggulingkan pemerintahan Muhyiddin. – 7 Ogos, 2021.


SEPARUH BERI

JAWATAN

AMIN

SEPARUH MASUK

KE PENJARA

AMIN

BAGI DEPA

GADUH BEREBUT

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: