Ahad, 8 Ogos 2021

MUHYIDN SERANG GEROMBOLAN

 

 MUHYIDIN SERANG

GEROMBOLAN

AMIN

PARTI INI AKAN

DI HARAMKAN ?

KAH AH KAH

ADA MUNKEE

BELOT

KAH KAH KAH



Anda benarkan PN jatuhkan Umno, tanya Zahid kepada ahli parlimen parti

AHMAD Zahid Hamidi memberitahu ahli parlimen Umno supaya tidak berdiam diri ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) menghukum parti itu mengenai penangguhan pemilihan parti.

Presiden Umno itu berkata, setiausaha agung parti sudah memberikan penjelasan terperinci kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengenai keputusan mereka untuk menangguhkan pemilihan.

Mesej Zahid itu ditujukan kepada ahli parlimen dan menteri Umno yang mengambil keputusan untuk menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di sebalik keputusan parti itu untuk menarik balik sokongan.

Berikutan keputusan itu, RoS - yang tertakluk di bawah Kementerian Dalam Negeri diketuai Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin – mengumumkan keputusan Umno untuk menangguhkan pemilihan itu tidak sah.

“Apakah mereka yang mempertahankan kerajaan PN pimpinan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merestui tindakan kerajaan PN ke atas parti mereka sendiri?

“Saya seru kepada mereka bukalah mata hati dan insafilah perjuangan politik yang sebenar demi rakyat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Jumaat, Ketua Pengarah RoS Jasri Kasim berkata, keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno untuk menangguh pemilihan cawangan, bahagian dan MKT, yang sepatutnya diadakan pada 7 Julai, adalah tidak sah.

“Keputusan itu tidak sah kerana penggal bagi penjawat majlis tertinggi bagi 2018-2021 tamat pada 30 Jun,” katanya.

Zahid berkata, Umno tidak akan berdiam diri ketika PN cuba untuk melemahkan parti itu.

“Umno tahu apa yang perlu dilakukan dan kami tidak akan berdiam diri,” katanya.

Semalam, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata, RoS bersetuju secara prinsip untuk membenarkan Umno menangguhkan pemilihan parti.

Ahli parlimen Pontian itu berkata dalam sidang akhbar maya Umno dinasihatkan oleh peguam mereka supaya memaklumkan kepada RoS mengenai keputusan MKT untuk menangguhkan pemilihan.

Ahmad berkata, Umno turut mendapatkan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam membuat keputusan itu.

Beliau menjelaskan MKT Umno memutuskan pada 19 Februari 2021 untuk menangguhkan pemilihan parti. Keputusan itu diumumkan Zahid pada 8 Julai.

Pemilihan Umno di semua peringkat sepatutnya diadakan tahun lalu, namun ditangguh selama 18 bulan kerana perintah kawalan pergerakan bagi menangani pandemik Covid-19.

Pemilihan parti Umno berlangsung setiap tiga tahun. Kali terakhir ia diadakan pada 30 Jun 2018.

Zahid menjelaskan keputusan Umno menangguhkan pemilihan adalah kerana isu teknikal yang akan dihadapi jika mengadakan pemilihan secara maya ketika pandemik.

Pemimpin Umno kini terbahagi dua kumpulan, dengan kumpulan kecil diketuai Zahid memilih untuk menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin sekali gus menggugat majoriti perdana menteri di Parlimen.

Kumpulan besar, diketuai Timbalan Perdana Menteri dan Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob, menyokong perdana menteri, menyatakan mereka akan menunggu hingga usul undi percaya dibentangkan di Parlimen awal bulan depan.

Kumpulan Zahid mendapat sokongan kira-kira 15 ahli parlimen Umno, termasuk dua menteri yang meletakkan jawatan daripada kabinet Muhyiddin minggu lalu.

Ismail pula berkata, beliau mendapat sokongan daripada selebihnya, termasuk empat ahli parlimen dalam Barisan Nasional.

Umno menguasai 38 daripada 42 ahli parlimen BN, dengan kerusi Grik kosong susulan kematian penyandangnya November lalu. – 8 Ogos, 2021.

SILAP BESAR

DARI AWAL

SEPATUTNYA

HARAMKAN

PARTI 

GEROMBOLAN INI

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: