Isnin, 13 September 2021

TALIBAN ATAU TALI BARUT

 


KITA SESAMA

BERJAGA JAGA

KHALAS



PDRM berjaga-jaga susulan amaran keselamatan Jepun, kata Wisma Putra

PIHAK berkuasa keselamatan sedang meneliti dan memantau ancaman serangan ganas susulan amaran yang dikeluarkan oleh Kedutaan Jepun kepada semua rakyatnya di Malaysia, kata Wisma Putra.

Wisma Putra memaklumkan maklumat amaran Jepun itu sudah disampaikan kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tindakan lanjut.

“Kita sangat memandang serius perkara ini. Agensi keselamatan kita, terutamanya Polis DiRaja Malaysia sedang meneliti keadaan dengan cermat,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Wisma Putra juga mengarahkan Kedutaan Malaysia di Tokyo untuk berhubung erat dengan Kementerian Luar Negeri Jepun bagi mendapatkan maklumat yang boleh membantu usaha membanteras keganasan.

Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur awal hari ini mengesahkan mengeluarkan amaran mengenai serangan pengganas, susulan nasihat keselamatan yang dikeluarkan Kementerian Luar Jepun kepada semua wakilnya di Asia Tenggara.

Notis itu menasihati rakyat Jepun di  Indonesia, Filipina, Singapura, Malaysia, Thailand dan Myanmar untuk mengelak berada dekat dengan tempat keagamaan dan kawasan-kawasan sesak lain, lapor Bernama.

Amaran itu memetik laporan perisikan dan kemungkinan terdapat serangan ke atas rumah ibadat dan tempat perhimpunan besar-besaran di rantau ini.

Seorang pegawai dari kedutaan ketika dihubungi Bernama berkata nasihat itu dikeluarkan pagi ini kepada semua warga Jepun yang berada di Malaysia.

“Kami mengeluarkan nasihat tersebut selepas menerima arahan dari Tokyo,” kata seorang pegawai kedutaannya di Kuala Lumpur, seperti dipetik Bernama.

Pegawai itu juga dipetik berkata pada masa ini terdapat kira-kira 31,000 warga Jepun tinggal di Malaysia. – 13 September, 2021.

 

TALIBAN

ATAU

TALIBARUT 

ATAU 

TALI RAFIA

KHALAS



1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Betul ke Toliban mau serang orang Jepon ..apa-apa pong gwa dah dilit semuo gambar Maria Ozawa ..ganti dingan foto Incik Azalina dan Roesmah ..