Isnin, 18 Oktober 2021

HARI HARI AKHIR SAEKOR UMNO

 




Undi di rancangan Felda bukan lagi deposit tetap BN, kata peneroka



UNDI di kawasan Felda bukan lagi deposit tetap Barisan Nasional (BN) seperti dalam hampir setiap pilihan raya umum yang lalu, menurut beberapa peneroka.

Sebaliknya, mereka akan menyokong mana-mana parti berteraskan Melayu dan Islam yang mampu menyelesaikan masalah terutamanya membabitkan isu di ladang peneroka.

Seorang pemimpin masyarakat di Felda Sungai Tengi, Mohd Fadli Zainal Abidin berpandangan penyelesaian isu ladang adalah keutamaan setiap peneroka di dalam negara.

“Dapat selesaikan isu ladang, maka dapatlah (parti politik) tangkap hati peneroka.

“Sekarang hati sakit, keadaan menekan… Bukalah parti apa pun, bukalah pejabat di sini, orang dah tidak peduli,” katanya kepada The Malaysian Insight ketika ditemui baru-baru ini.

Hulu Selangor yang menempatkan Felda Sungai Tengi merupakan antara 54 kerusi Parlimen yang mempunyai tanah rancangan tersebut, selain 92 kawasan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mohd Fadli, 52, yang merupakan peneroka generasi kedua berpendapat kelebihan kini di pihak Perikatan Nasional yang dipimpin bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin.

Ini kerana Muhyiddin memansuhkan kira-kira 80% hutang peneroka, sejurus sebelum presiden Bersatu itu meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Oleh itu, mereka akan mengambil sikap tunggu dan lihat sekiranya perdana menteri dari Umno, Ismail Sabri Yaakob dapat menyelesaikan masalah mereka.

“Kalau Ismail Sabri boleh selesaikan isu ladang, kita tengok nanti macam mana. Kalau OK kita akan sokong dia,” katanya.

Isu membabitkan ladang peneroka yang dimaksudkannya itu berlarutan sejak beberapa tahun lalu selepas pengurusan bertukar tangan kepada Felda Technoplant Sdn Bhd.

Peneroka mendakwa pihak pengurusan tidak menguruskan ladang mereka dengan baik dan menyebabkan hasil kutipan kelapa sawit yang berkurang.

Peneroka pula terpaksa berhutang dengan Felda untuk sara hidup selepas ladang mereka tidak membuahkan hasil yang memuaskan.

“Alasan yang diberi tiada buruh, dah berapa tahun masalah kurang buruh ini tidak selesai, kalau tiada buruh siapa nak kerjakan ladang.

“Kalau ladang dapat diuruskan dengan baik, hasil kutipan ladang cantik, peneroka boleh bayar hutang, selesai masalah peneroka. Apa lagi peneroka mahu?” soal Mohd Fadli.

Mohd Fadli bagaimanapun berkata peneroka serik untuk memilih Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan.

“Kalau PH (jadi kerajaan lagi) senang cerita, jaga Felda memang melingkup… Tiada langsung bantuan zaman mereka,” katanya.

PH antara lainnya cuba menangani masalah hutang tersebut melalui Kertas Putih Felda yang dibentang di Parlimen pada 2019 bagi memulihkan skim tanah rancangan tersebut.

Pada masa sama, kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad waktu itu menyalurkan peruntukan segera RM77 juta kepada peneroka bagi menangani tunggakan hutang.

Ia meliputi tunggakan bayaran khairat kematian dan hutang kepada Felda Technoplant Sdn Bhd untuk operasi ladang, bantuan kos sara hidup dan deposit penanaman semula.

Isu melibatkan Felda Technoplant Sdn Bhd timbul apabila peneroka yang memberi kebenaran pengurusan kepada syarikat itu memperoleh hasil lebih rendah berbanding tanah diusahakan sendiri.

Tinjauan The Malaysian Insight pada masa itu mendapat peneroka berkenaan optimis namun berhati-hati dengan apa-apa pelan baharu untuk menyelamatkan institusi itu.

Seorang lagi peneroka Sungai Tengi, Ismail Halidi berkata zaman paling gemilang bagi generasi pertama sepertinya ketika negara ditadbir BN yang dipimpin Najib Razak sebagai perdana menteri.

Namun kesempitan ekonomi dan ketiadaan bantuan pada waktu ini menyebabkan mereka tidak lagi berminat untuk mengundi, katanya.

“Zaman pentadbiran Najib peneroka betul-betul terbela, berbagai jenis bantuan disalurkan, masuk pemerintahan selepas itu habis, peneroka macam terabai.

“Peneroka nak satu sahaja. Apabila ekonomi baik, ladang diuruskan dengan baik dan sempurna, kita mampu bayar hutang. Kalau tiada hasil, macam mana kita nak bayar hutang, nak bayar pakai apa.

“Dalam keadaan sekarang kerajaan pun tidak boleh tolong peneroka, jadi kita sekarang hendak mengundi pun dah malas,” kata Ismail, 73.

Pentadbiran Najib antara lain memperkenalkan Felda Global Ventures (FGV) Holdings Bhd yang berjaya mengutip dana RM10.4 bilion sewaktu disenarai di pasaran saham.

Seorang lagi peneroka generasi pertama, Sayuti Abdul Samad pula percaya kesempitan yang dialami pada waktu ini berpunca daripada kegagalan pengurusan ladang.

Walaupun mengakui pernah menjadi deposit tetap BN, Sayuti melihat peluang kini terbuka kepada mana-mana parti mendapatkan sokongan peneroka.

“Bagi pilihan raya umum dahulu, sekarang belum boleh tentukan peneroka pilih mana, Umno, Bersatu, atau PAS.

“Dulu ya memang BN, sekarang tidak lagi… Semua parti Melayu boleh bersaing, terserah kepada mereka,” kata Sayuti, 76.

Pada 7 Julai, kerajaan PN pimpinan Muhyiddin bersetuju dengan cadangan Felda untuk melupuskan kira-kira 80% pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, pelupusan itu akan dilaksanakan melalui inisiatif pelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat, terutama bagi generasi pertama.

Katanya, pemansuhan hutang itu akan memudahkan proses penjanaan semula Felda.

Lembaga tersebut kini dipimpin ahli Parlimen BN Idris Jusoh sebagai pengerusi, yang berjanji untuk mengambil alih FGV Holdings bahagian penting dalam Pelan Pemulihan Felda.

Usaha itu bagi Felda menamatkan perjanjian pajakan tanahnya dengan FGV, yang membolehkan syarikat itu memajak 350,000 hektar tanah perladangan bagi RM248 juta setahun waktu ini.

Perjanjian itu juga membolehkan FGV mengaut keuntungan 15% bagi tempoh 99 tahun. – 18 Oktober, 2021.

SABAH DULU

DEPOSIT TETAP

AMIN

SEKARANG DAH

TAUBAT 

AMIN

KALI INI PENEROKA

FELDA CABUT LARI

KAH KAH KAH

TAK MAU JADI

BARUA LAGI

TAK MAHU JADI

 DEPOSIT TETAP

GEROMBOLAN

KAH KAH KAH

INI TANDA BAIK

KAH KAH KAH

INI TANDA

HARI HARI AKHIR

SAEKOR UMNO

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: