Isnin, 15 November 2021

BERUDU MARAH KATAK

 




Menteri Sarawak ditempelak nasihat belia usah terlibat politik

NASIHAT Abdul Karim Hamzah kepada anak-anak muda baru-baru ini supaya tidak menyertai politik pada usia muda gagal mendapat sambutan baik di kalangan golongan belia.

Mereka berpendapat kenyataan daripada seorang ahli politik kanan yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, hanya bertujuan melemahkan semangat golongan muda.

Mereka mengingatkan beliau bahawa umur tidak menghalang seseorang itu terlibat dalam politik.

Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Amira Aisya berkata umur tidak menentukan keupayaan seseorang untuk menjadi ahli politik.

Beliau berkata ahli politik yang lebih muda menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada senior.

Sebaliknya, beliau berkata apa yang lebih penting ialah dorongan dan keinginan seseorang untuk berkhidmat kepada rakyat dan kawasan mereka.

“Kami melihat ahli politik berusia yang telah menjadi ahli Parlimen selama bertahun-tahun gagal melaksanakan tugas paling asas seperti menghadiri sidang Parlimen dan bersuara untuk pengundi mereka.

“Kami melihat ahli politik tua gemar menggunakan perkataan yang tidak senonoh dan menjelikkan di Parlimen, ini tidak menghormati institusi.

“Malah saya berani mengatakan bahawa ahli politik muda telah banyak kali mengatasi rakan sebaya mereka yang lebih tua,” kata Amira kepada The Malaysian Insight.

Amira berkata walaupun usia median Malaysia sekitar 30 tahun, namun arena politik negara didominasi ahli politik tua yang berusia lebih daripada 60 tahun.

“Ini mencerminkan keadaan tidak seimbang bagi menyuarakan isu-isu asas kepada rakyat,” katanya.

Pada Khamis, Karim berkata beliau tidak percaya kepada calon yang sangat muda dalam pilihan raya dan melontarkan mesej kepada golongan muda: “Jangan sia-siakan hidup anda (dengan) menjadi ahli politik”.

“Jika anda fikir anda mahu menjadi calon, fikir semula,” kata Karim ketika ditanya mengenai calon muda dalam pilihan raya negeri akan datang.

Merujuk kepada calon termuda dalam pilihan raya Melaka yang sedang berlangsung – Farzana Hayani Nasir, 21 dari PKR – naib presiden Parti Pesaka Bersatu (PBB) itu berkata beliau tertanya-tanya bagaimana kehidupannya jika beliau dipilih.

Farzana merupakan mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM), bertanding di kerusi Sg Rambai.

Amira memuji keberanian Farzana yang terjun ke dunia politik pada usia muda dan berharap lebih ramai orang sepertinya.

“Apabila golongan muda semakin sedar tentang politik dan bersedia untuk terjun ke bidang semasa mereka masih belajar, ia menunjukkan kemajuan besar kepada negara kita.

“Keinginan untuk berkhidmat kepada rakyat jangan dilabel sebagai mensia-siakan hidup anda! Ia harus diraikan!

“Sudah tiba masanya untuk golongan muda mengambil alih. Lagipun, masa depan ialah milik kita,” kata Amira yang berusia 26 tahun. – 14 November, 2021.

KATAK HINA

BERUDU

KAH KAH KAH

BERUDU LAWAN

BALIK

KAH KAH KAH

KATAK PANDAI

MELOMPAT

KAH KAH KAH

BERUDU TUNGGU

MASA UNTUK

MELOMPAT

KAH KAH KAH

KATAK & BERUDU

BEREBUT MAKAN

DALAM KOLAM

YANG SAMA

KAH KAH KAH

KATAK AKAN

LEBIH BERJAYA

KERANA KATAK

ADA UMPAN DALAM

BANK SIMPANAN 

KAH KAH KAH

DIMANA BERUDU

NAK CEKAU DUIT

NAK LAWAN KATAK

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: