Isnin, 15 November 2021

JANGAN SEBAR FITNAH

 



Pak Lah sihat walafiat, berhentilah tular berita palsu

KUALA LUMPUR – Pejabat Abdullah Ahmad Badawi hari ini memaklumkan bekas perdana menteri itu berada dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga.

Justeru, Pejabat Abdullah menerusi satu kenyataan menafikan sekeras-kerasnya hantaran tular menerusi Facebook milik ‘Mohd Hasni Izuwan’ dan ‘Saifulzaman Mahmood’ berhubung kesihatan perdana menteri kelima itu yang lebih mesra dipanggil Pak Lah.

Menerusi tangkap layar yang turut dikongsikan, kedua-dua pemilik Facebook itu memuat naik status menyatakan bahawa perdana menteri kelima itu telah kembali ke rahmatullah.

“Pihak pejabat memandang serius penularan berita palsu ini dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu,” demikian menurut kenyataan itu di sini hari ini.
Pihak pengurusan pejabat itu berharap masyarakat dapat memastikan terlebih dahulu kesahihan daripada pihak yang berautoriti sebelum menyebarkan sebarang berita bagi mengelakkan kekeliruan.

Sementara itu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan  Reezal Merican Naina Merican berkata selain Abdullah, isteri beliau Jeanne Abdullah juga berada dalam dalam keadaan sihat walafiat

“Saya baru berbual di telefon dengan  Jeanne, mereka sedang bercuti dalam negara ketika ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau.

Sambil meminta supaya penyebaran berita tidak benar dihentikan, Reezal Merican turut mengajak orang ramai mendoakan  Abdullah dan Jeanne sentiasa sihat dan dalam peliharaan Allah Taala.

— BERNAMA


JANGAN SEBAR

FITNAH

AMIN

PAK LAH SOSOK

JUJUR BAIK HATI

AMIN

UNTUK FAHAM

SIAPA PAK LAH

SILA TONTON FILEM

BEING THERE

AMIN

FILEM INI AKAN

MENERANGKAN

SUSUR GALUR

SOSOK YANG 

DIKENALI SEBAGAI

PAK LAH

AMIN

ENJOI DE MENJOI

BILA MENONTON

FILEM LAKUNAN

PETER SELLERS 

ARAHAN  HAL ASHBY

KELUAR TAHUN 1979

AMIN

PELAJAR ILMU

POLITIK

WAJIB TONTON

FILEM KLASIK

BEING THERE

UNTUK MEMAHAMI

SIAPA 

ABDULALH BADAWI

KHALAS

Tiada ulasan: