Rabu, 17 November 2021

JELAS PERANAN JO LO AMAT PENTING

 




Jho Low berada di sebalik tabir 1MDB, kata saksi 

MAHKAMAH Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Low Taek Jho atau Jho Low berada di sebalik tabir 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana pihak pengurusan syarikat itu sentiasa menerima e-mel berkaitan pelaburan dan pembangunan yang akan dijalankan oleh 1MDB daripada ahli perniagaan dalam buruan itu.

Bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1MDB Ismee Ismail, 57, bagaimanapun berkata beliau tidak tahu atas kapasiti apa Jho Low menghantar e-mel tersebut dan tahap penglibatan beliau dalam syarikat itu. 

“Apa yang saya dan Ahli Lembaga Pengarah (BOD) 1MDB tahu, bahawa Jho Low mempunyai hubungan yang sangat baik dengan  Najib. 

“Disebabkan hubungan baik Jho Low dan Najib, BOD tidak mengabaikan langsung cadangan Jho Low, tetapi apa yang saya lihat dalam BOD, setiap perkara itu mestilah melalui arahan yang betul dan mengikut prosedur,” katanya.

Saksi pendakwaan ke-13 itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksi setebal 111 muka surat pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi bekas perdana menteri itu.

Ismee berkata, Jho Low juga menggunakan nama Najib dalam percakapan serta cadangannya sebagai ‘bos’ atau ‘PM’ dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).

TIA adalah syarikat pelaburan strategik yang kemudian dikenali sebagai 1MDB.

Menurut Ismee, apa yang beliau nampak ketika Jho Low berada dalam Jawatankuasa Pemandu TIA adalah lelaki itu berperanan sebagai penasihat kepada Najib.

“Jho Low hanya dilantik secara rasmi dalam Jawatankuasa Pemandu TIA sahaja dan tiada cadangan untuk melantiknya dalam 1MDB,” katanya.

Ismee berkata perkenalannya dengan Jho Low adalah ketika pelantikan Jawatankuasa Pemandu di Istana Terengganu pada awal tahun 2009 apabila lelaki itu memperkenalkan diri secara santai kepadanya.

Saksi itu berkata beliau tidak mengetahui atas kapasiti apa Jho Low hadir dalam majlis berkenaan (pelantikan Jawatankuasa Pemandu) tetapi beranggapan dan berpandangan bahawa lelaki itu adalah penasihat kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Ismee juga memberikan contoh bahawa, Jho Low mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak Abu Dhabi dan ia dapat dilihat ketika beliau mengikuti Najib untuk lawatan rasmi ke Abu Dhabi.

“Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat model masjid yang akan dibina di Malaysia atas usaha sama antara syarikat Aabar dengan 1MDB. Semasa lawatan itu, sambutan dari Abu Dhabi yang diberikan kepada Najib adalah tinggi dengan pertunjukan udara tentera dan lain-lain lagi.  

Ada satu ketika, ketika musim haji, Jho Low pernah membantu mendapatkan kuota tempatan haji sebanyak 10,000 orang bagi rakyat Malaysia,” katanya. 

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung. – Bernama, 17 November, 2021.

 HEBAT 

CHINA TEMBAM INI

AMIN

BUKAN SAJA

JO LO KONTROL

NAJIB

KAH KAH KAH

JO LO JUGA

BOLEH DAPAT

LINE HAJI

KAH KAH KAH

PATUTLAH

PARTI PELACUR

OPPS... SILAP

PARTI ISLAM PAS

YAKIN AKAN

KEJUJURAN JO LO

KAH KAH KAH

JUGA KEJUJURAN

ARUL PENGANDAR

KAH KAH KAH

DARI KEEELING

TERUS MASUK

ISLAM

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: