Rabu, 17 November 2021

JO LO LEBIH BERKUASA DARI SULTAN

 




e

Najib mahu bon RM5 juta dikeluarkan walau sultan tidak setuju, kata saksi

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bagaimana Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, mengarahkan bekas pengarah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menggantung penerbitan nota jangka sederhana Islam yang digunakan bagi mendapatkan pinjaman RM5 bilion firma yang ketika itu dikenali sebagai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).

Ini menyebabkan bekas perdana menteri Najib Razak bertanya bekas lembaga pengarah dan ketua pegawai eksekutif 1MDB Ismee Ismail mengapa mereka setuju berbuat demikian.

Ismee memberi keterangan yang Najib memanggil lembaga pengarah selepas mereka menandatangani, di depan Sultan Mizan, resolusi untuk menangguhkan pengeluaran bon.

Ismee berkata Najib bertanya kepada mereka: “Mengapa anda menandatanganinya?” selepas mereka memberi taklimat kepada beliau berhubung pertemuan dengan sultan.

Bon pada 2009 itu adalah untuk pembangunan bersama Pulau Bidong, Terengganu, dengan Mubadala Investment Company milik kerajaan Abu Dhabi.

Ismee berkata proses mendapatkan nota dan jaminan kerajaan daripada kerajaan persekutuan diuruskan oleh bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho.

Pada 22 Mei 2009, Ismee berkata beliau dan Shahrol dipanggil menghadap sultan di Istana Terengganu dengan segera.

“Saya rasa ini (panggilan) berkaitan dengan TIA,”,” katanya.

Ismee dilantik sebagai pengarah TIA oleh Sultan Mizan. – 17 November, 2021.


 NAJIB 

LEBIH BERKUASA

DARI SULTAN

AMIN

JO LO LEBIH

BERKUASA 

DARI NAJIB 

AMIN 

JO LO LEBIH 

 BERKUASA 

DARI SULTAN 

AMIN

YANG INI PUN

 MELAYU 

TAK FAHAM

KAH KAH JAH

1 ulasan:

ToraTora berkata...

Celah mana muncul sulutan sulatin ni....dia buat apa kat sini...kerja Pak guard ke... sulutan sulatin boleh kerja jadi Pak guard ke