Sabtu, 18 Disember 2021

NAJIB BEBAN UMNO




‘Bossku’ hanya bantu BN kekalkan sokongan luar bandar, kata penganalisis

Walau populariti Najib Razak dianggap tinggi dalam kalangan pemimpin Umno, namun faktor itu tidak memberikan kesan di kerusi bandar kerana beliau hanya popular dalam kalangan penduduk luar bandar yang sememangnya penyokong kuat Barisal Nasional (BN), kata penganalisis.

James Chin dari University of Tasmania, Australia berkata Umno sememangnya tidak berminat untuk meraih undi daripada kawasan bandar memandangkan parti itu sedar kebarangkalian untuk menang di kawasan itu agak sukar.

“Mereka tahu kawasan membangun merupakan kawasan pro-pembangkang,” katanya kepada MalaysiaNow.

“Jika tidak menang lawan DAP, kemungkinan besar akan tewas dengan PKR.”

Oleh itu, Chin berkata, Najib dianggap sebagai aset dan liabiliti apabila dia mempunyai pengaruh kuat dalam kalangan akar umbi dan pengundi luar bandar, tetapi terkait dengan isu rasuah seperti 1MDB yang tidak dapat diterima pengundi bandar.

Pelapis Umno sukar naik

Penganalisis politik Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun berkata Umno masih mempunyai beberapa pemimpin yang berpotensi menarik sokongan pengundi bandar menerusi calon seperti Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan atau Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Namun disebabkan parti itu tidak mempunyai pendirian sebegitu, mereka akan cuba sedaya upaya mempertahankan sokongan dari kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Pemimpin seperti Tok Mat dan KJ mungkin akan menawarkan imej yang lebih positif di kawasan membangun, tetapi harus diingati bahawa Umno menerima sokongan kuat di kawasan luar bandar,” katanya kepada MalaysiaNow.

“Pengundi luar bandar suka imej ‘Bossku’ dan persepsi yang dibawa ketika era pentadbiran Najib.

“Oleh itu, Umno inginkan nilai tambah ini untuk terus meraih undi sebanyak yang boleh.”

Chin berkata, Umno diakui mempunyai ramai bakat, namun tidak dimanfaatkan sepenuhnya disebabkan kehadiran pemimpin yang lebih tua.

“Untuk sebab-sebab tertentu, mereka sukar dinaikkan kerana dihalang oleh pemimpin yang lebih senior,” katanya.

Baru-baru ini, Umno Johor menyatakan parti itu masih mengharapkan penglibatan Najib bagi membantu mereka menghadapi PRU15 kerana ahli Parlimen Pekan itu dilihat masih mempunyai pengaruh yang kuat.

Pandangan itu dilontarkan meskipun Mahkamah Rayuan secara sebulat suara mengekalkan sabitan salah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International selepas menolak rayuan Najib.

Ditanya sama ada Umno ketandusan pemimpin apabila parti itu terus menagih sumbangan Najib, penganalisis politik dari UiTM, Mujibu Abd Muis, berkata mereka mempunyai beberapa individu yang dilihat layak menerajui parti tersebut, namun tidak dianggap setaraf dengan Najib dari segi pengaruh.

“Jika individu yang dipilih untuk pimpin Umno tetapi tidak mampu menyelesaikan masalah dalaman parti, maka sukar untuk bawa parti itu ke depan,” katanya kepada MalaysiaNow.

“Ini antara kelebihan yang mereka anggap hanya Najib boleh buat, justeru pemimpin Umno lain tidak dilihat berada ke tahap itu.”

NAJIB JADI

BEBAN UMNO

AMIN

BIAR NAJIB 

TERUS

 PIMPIN UMNO 

AMIN

INI BAIK UNTUK

PAKATAN

 AMIN 

KALAU ROSMAH

TERUS BERSAMA

 NAJIB LAGI CUN

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: