Sabtu, 18 Disember 2021

SABRI MEMNAG - NAJIB KALAH

 



Umno negeri sokong Ismail Sabri sebagai PM hingga habis penggal

UMNO negeri hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri sehinggalah tamat tempoh penggal ke-14 Parlimen.

Sokongan itu dizahirkan menerusi usul yang dibawa oleh beberapa bahagian pada mesyuarat perwakilan yang diadakan di seluruh negara hari ini.

Di Selangor, Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Noh Omar berkata, usul itu diputuskan dalam mesyuarat perhubungan parti itu pada Rabu yang disertai 22 bahagian Umno negeri.

“Kita di Selangor bersetuju untuk bawa usul menyokong penuh kepimpinan Ismail Sabri sebagai perdana menteri (ke perhimpunan agung Umno), itu yang kita putuskan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Tanjong Karang hari ini.


Beliau berkata, Ismail Sabri perlu diberi peluang untuk membuktikan kepimpinan Umno mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Perhimpunan Agung Umno 2021 dijadualkan dari 13 hingga 15 Januari depan.

Di Pulau Pinang, pandangan sama turut disuarakan UMNO negeri selain menyokong Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden Umno.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Musa Sheikh Fadzir berkata, kedua-dua pemimpin itu berperanan penting dalam memperkukuhkan kerajaan dan parti.

Dalam pada itu, Umno Selangor dan Pulau Pinang menyatakan kesediaan untuk menjalinkan kerjasama dengan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN) pada PRU15.

Di Kedah, Umno negeri itu membuat ketetapan untuk memberi ruang kepada perdana menteri memulihkan semula ekonomi, politik dan sosial di negara ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Jamil Khir Baharom.

Naib presiden parti yang juga Ketua Umno Bahagian Padang Terap Mahdzir Khalid pula berkata, Umno bahagian itu meluluskan usul supaya Ismail Sabri ditampilkan sebagai ‘wajah’ Barisan Nasional (BN) dan Umno pada PRU15 akan datang.

Di Johor, Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Hasni Mohammad berkata, Umno negeri itu turut memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Ismail Sabri tetapi ia tidak perlu diterjemahkan dalam bentuk usul atau undian.

“...perdana menteri adalah dari Umno dan Umno merupakan sebuah parti yang sudah pun lebih 70 tahun, sudah matang betul,” katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pontian.

Sementara itu, Naib presiden yang juga Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang Mohamed Khaled Nordin berkata, Umno bahagian itu menyokong penuh kepimpinan Ismail Sabri namun mengusulkan supaya Parlimen segera dibubarkan.

Beliau berkata, Umno bahagian itu juga menyokong memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH) pada 13 September lalu demi kestabilan politik negara.

Di Kelantan, Umno Bahagian Machang sebulat suara meluluskan usul Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri sekiranya BN memenangi PRU15, kata Ketua Umno bahagian itu Ahmad Jazlan Yaakub.

Di Melaka, Ketua Umno Bahagian Masjid Tanah Ab Rauf Yusoh berkata, Umno bahagian itu tidak membawa secara khusus usul sokongan ke atas perdana menteri tetapi secara prinsipnya, perwakilan di bahagian itu menyokong kepimpinan Ismail Sabri.

Ini susulan prestasi dan kepimpinan cemerlang Ismail Sabri dalam mentadbir kerajaan ketika ini, katanya.

Di Negeri Sembilan, Timbalan Presiden Mohamad Hasan berkata, tiada sebarang usul mengenai kedudukan perdana menteri dibangkitkan pada persidangan perwakilan Umno Bahagian Rembau dan menyerahkan perkara itu kepada kepimpinan tertinggi parti.

Di Perak, Pengerusi Umno negeri Saarani Mohamad berkata, Umno Perak berpandangan pilihan raya umum tidak boleh diadakan terlalu awal atau terlalu lewat kerana kerajaan ketika ini perlu mengurus krisis Covid-19.

Pada masa sama, katanya, Umno perlu mengekalkan momentum parti yang kini di tahap positif.

Sementara itu, mesyuarat perwakilan Umno bahagian di seluruh negara turut membincangkan usul menangguhkan pemilihan parti sehingga selepas PRU15, tidak mengadakan kerjasama dengan Bersatu dan mengusulkan supaya kerajaan Persekutuan mempercepat pembentangan Rang Undang-undang Anti Lompat Parti. – Bernama, 18 Disember, 2021.

KAH KAH KAH

APA MAKNA

BERITA INI

KAH KAH KAH

ERTINYA

ADA YG MAHU

PRU15 SEKARANG

KAH KAH KAH

BERITA INI

BUKTI  GENG

NAJIB & ZAHID

DAH KALAH

AMIN

NAJIB  ZAHID

MAHU PRU15 

SEKARANG

SEBELUM

MEREKA MASUK

PENJARA

KAH KAH KAH

TAPI SABRI 114 

DENGAN KUASA 

PM TELAH

BERJAYA KALAHKAN

TIM NAJIB

AMIN

SABRI 114 MAHU

JADI PM LAMA

AMIN

NAJIB ZAHID

BILA MASUK JIL

SABRI 114

SELAMAT

AMIN


Tiada ulasan: