Sabtu, 18 Disember 2021

OMICRON MULA MEREBAK DI MALAYSIA

 




KKM kesan 11 lagi kes varian Omicron

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengesan 11 lagi kes Covid-19 membabitkan varian Omicron, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Kesemua kes yang dikesan itu adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, iaitu tiga dari Amerika Syarikat, United Kingdom (3), Nigeria (2), Arab Saudi (2), dan Australia (1), menurut ketua pengarah kesihatan.

“Kes yang dikesan itu membabitkan sembilan warganegara Malaysia dan dua warganegara Nigeria.

“Lapan kes mempunyai gejala namun hanya pada tahap Kategori 2, dan tiga lagi kes tidak bergejala,” katanya dalam kenyataan hari ini, menambah daripada jumlah itu,  lima menjalani kuarantin di rumah manakala enam lagi di pusat kuarantin.

Dr Noor Hisham juga berkata pertambahan itu menjadikan sebanyak 13 kes varian Omicron dikesan dalam negara setakat ini.

Menurutnya lagi, kesemua 11 kes itu adalah daripada jumlah keseluruhan 18 kes kemungkinan varian Omicron seperti yang diumumkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada Rabu lalu.

“Semua kes ini dalam siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca jangkitan dan kontak rapat. Tujuh lagi sampel bagaimanapun tidak dapat disahkan varian Omicron memandang ujian jujukan genom penuh tidak berjaya dijalankan.

“Ini disebabkan tahap ‘viral load’ yang rendah dalam sampel-sampel yang diterima. Semua tujuh sampel ini didapati mempunyai nilai kitaran ambang (CT value) yang tinggi iaitu enam sampel dengan CT value melebihi 30 dan satu sampel mempunyai CT value 28.47,” katanya.

IMR juga katanya mengesan 13 lagi kes import yang menunjukkan kemungkinan varian Omicron dan kini sedang menunggu keputusan pengesahan daripada jujukan genom penuh.

Dr Noor Hisham menambah, sebanyak 222 kes baharu varian dilaporkan daripada 11 hingga 17 Disember, termasuk 11 Omicron dan 211 Delta. – 18 Disember, 2021.  

BAGAIMANA

NIGERIA BOLEH

MASUK ?

AMIN

SEMPADAN DITUTUP

AMIN

APAKAH NYELUDUP?

AMIN

PERLU PENJELASAN

KHALAS


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lu tunggu bila lu nak buat demo, tetiba dg kkm kata ada makhluk yg lebih dasyat dan lebih powerful keluar dari perut laut dan meyerang msia..dg ni ckp berdekah2 gak..bro..lu ingat senang ke nak dpt jawatan DG ni, lobi sana lobi sini..itu pasal la doktor kontrak ada 50% bebanding doktor kekal..DG pasni nya tunduk akur dgn desakakan kerajaan..bila lu dah sain utk setia kpd kerajaan, takkan lu nak lawan tangan yg bg lu jawatan..?kat mulut bole la ckp rezeki dari tuhan..apa benda pun dari tuhan, tiada yg terlepas dari kekuasaanNYA..tuhan juga menerima wang palsu 1mdb atau tonggang tunggib meratib jawatan menteri alas agama..ismail sabri perlukan penasihat ekonomi..amk la doktor madeline sabah ni jdi penasihat..