Jumaat, 24 Disember 2021

RIZAL BELOT - ROSMAH TERSEKSA

 



Boleh saya luah perasaan? Saya juga manusia biasa – Rosmah

KUALA LUMPUR – Isteri bekas Perdana Menteri,  Rosmah Mansor hari ini sedikit beremosi, menangis dan meluahkan rasa kecewa terhadap pendakwaan rasuahnya yang dianggap satu konspirasi.

Malah ketika sedang disoal balas oleh peguambela, Rosmah meluahkan perasaannya dan apabila cuba ditenangkan, beliau meminta kebenaran daripada Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan untuk meneruskan percakapan.

“Yang Arif, bolehkah saya luahkan perasaan saya? Saya juga manusia biasa.

“Saya sebenarnya tidak faham bagaimana Rizal Mansor (bekas pembantunya) dilepas begitu sahaja oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) yang ketika itu diterajui oleh Tommy Thomas.

“Saya sehingga hari ini tidak pernah buat sebarang pengakuan terhadap tuduhan-tuduhan terhadap saya kerana saya memang tidak melakukannya.

“Tetapi Rizal Mansor ini, ada pengakuan terima RM500,000 dari Jepak Holdings. Ada pergi umrah dengan keluarga, ada pergi bercuti dan sebagainya. Dia yang berjumpa dengan Jepak Holdings.

“Tapi AGC bertindak tarik balik pertuduhan. Patutnya dia yang duduk di kandang bersalah. Dia yang sepatutnya didakwa, dituduh. Bukannya saya tetapi dia terlepas, saya pula dikenakan dakwaan yang tidak benar.

“Bayangkan perasaan saya Yang Arif apabila dia lalu depan saya, bebas begitu sahaja?” soalnya ketika prosiding di hadapan pendakwaan diketuai,  Gopal Sri Ram.


Kata Rosmah, Rizal juga mempunyai pelbagai keburukan termasuklah bercakap bohong dan bercita-cita besar dalam menyertai politik.

Tetapi apa yang dikesalkan oleh Rosmah ialah apabila Rizal banyak menggunakan namanya sebagai pembantu khas sehingga menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan ahli politik kononnya beliau di belakang Rizal.

“Pernah sekali, suami saya , balik rumah dan bertanya kepada saya adakah Rizal berminat untuk menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kebangsaan. Saya terkejut dan kata tidak tahu apa-apa.

“Suami saya kemudian memberikan amaran kepada saya Rizal sedang mempergunakan nama saya untuk cita-cita politiknya. Ketika itu, Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin. Beliau sendiri ingat saya minta Rizal bertanding sedangkan saya langsung tidak tahu.

“Saya panggil Rizal dan beritahu dia, jika dia berminat hendak jadi ahli politik dengan bertanding jadi Ketua Pemuda, bukan sahaja dia kena berhenti kerja sebaliknya juga perlu ada wang yang banyak. Dengan kerja di JPM, gaji dia memang tidak seberapa untuk masuk politik.

“Rizal diam sahaja. Dia banyak guna nama saya untuk agenda dia, orang lain pula segan hendak beritahu saya. Saya sendiri banyak kali bertanya kepada Azizah Abot, mana Rizal dapat duit pergi bercuti dengan kerap ke luar negara seperti Australia, umrah satu keluarga dan macam-macam lagi,” ujarnya.

Rosmah ketika ini sedang membela diri Rosmah atas pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima RM6.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar hibrid di sekolah luar bandar di Sarawak.

Beliau didakwa meminta suapan RM187.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn. Bhd., Saidi Abang Samsudin melalui pembantunya ketika itu sebagai dorongan untuk membantu syarikat itu mendapatkan projek solar menerusi rundingan terus dengan Kementerian Pendidikan. –


WOIT

ROSMAH LU

NANGIS PASAI

APA ?

KAH KAH KAH

BEG BIRKIN 

ILANG KE?

KAH KAH KAH

WOIT 

LU TAK TAHU KE

RIZAL BELOT

KAH KAH KAH

DIA JADI SAKSI

PENDAKWA

KAH KAH KAH

KALAU TAK BELOT

RIZAL MASUK JIL

 KAH KAH KAH

DUDUK

SATU SEL DENGAN

ROSMAH MANSOR

KAH KAH KAH

NANTI RIZAL

 TAK BOLEH TIDOO

ROSMAH BERKERUH

DAN KENTUT BUSUK

KAH KAH KAH

AMIN




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya panggil Rizal dan beritahu dia, jika dia berminat hendak jadi ahli politik dengan bertanding jadi Ketua Pemuda, bukan sahaja dia kena berhenti kerja sebaliknya juga perlu ada wang yang banyak. Dengan kerja di JPM, gaji dia memang tidak seberapa untuk masuk politik.
Kah kah kah satu saja Ros cakap betul betul betul nak main politik kena ada duit money dollar,.kenapa politik perlukan duit adakah ini digelar rasuah politik atau money politik kah kah kah? Nak masuk politik kena banyak melabur, kena banyak menghulur kena banyak kowtim kena jaga perwakilan mengundi, begitu lah bayar duit Makan minum, duit shopping duit hotel duit Minyak duit tol duit segalanya untuk masuk jawatan, selepas berjaya dapat jawatan, apa akan buat ? Mestilah cari projek mesti cari lubang sedap supaya duit masuk kah kah kah, kalau jawatan Ketua Pemuda perlu duit banyak bagaimana tahap President , tahap timbalan president kah kah kah, jangan salah mereka,salah yang menerima rasuah, yang memberi terpaksa, yang menerima ini ada pilihan mahu terima atau menolak, ada paham kah atau buat buat tak paham, buat guna ayat ke berapa pulak ini ? Amin kah kah kah Selamat Hari Natal kah kah kah