Jumaat, 24 Disember 2021

SALUT JEJAKA

 



NGO bantu mangsa banjir LGBTQ+

TRAGEDI banjir di sebahagian besar semenanjung baru-baru ini menyaksikan ramai rakyat Malaysia bertindak membantu mangsa, tetapi keperluan masyarakat lesbian, gay, biseksual atau transgender (LGBTQ+) secara amnya tidak dipedulikan.

Jejaka, satu kumpulan yang menyokong golongan muda LGBTQ+ berkata walaupun bantuan kelihatan mencurah diberikan, tetapi tidak banyak yang dilakukan untuk masyarakat terpinggir ini, yang turut terjejas akibat banjir.

Masyarakat LGBTQ+ bimbang untuk berada di pusat pemindahan sementara kerajaan, di mana identiti jantina dan keperluan perubatan mereka akan menjadi isu.

Melihat keadaan ini, Jejaka mengambil langkah untuk melakukan apa yang termampu bagi membantu mangsa banjir dalam kalangan masyarakat itu.

Pengasasnya, Numan Affi, 30, berkata sebahagian besar aktiviti kumpulan itu ialah mengadakan program bantuan HIV, tetapi dalam keadaan banjir, mereka bertindak membantu mangsa banjir.

“Kami menggerakkan bantuan kerana kami (LGBTQ+) tidak terima bantuan bencana,” katanya kepada The Malaysian Insight.

“Tidak pasti juga sama ada selamat atau tidak untuk mereka berada di pusat bantuan kerajaan. Pusat pemindahan biasanya mengasingkan mangsa mengikut jantina.

“Sebahagian perkara yang diperlukan masyarakat LGBTQ+ juga tidak dianggap sebahagian perkhidmatan kesihatan. Ada banyak kelompongan.”

Jejaka diasaskan pada 2017 oleh Numan untuk memberi sokongan kepada beliau Melayu LGBTQ+.

Jejaka antara beberapa kumpulan yang membantu masyarakat LGBTQ+ dengan menyediakan tempat perlindungan jika pusat pemindahan sementara kerajaan dilihat bahaya kepada mereka, dan dengan perubatahan untuk HIV atau terapi hormone.

“Ada yang hilang ubat ketika banjir. Kalau mereka hubungi kami, kami akan hantar ke pusat pemindahan sementara berkenaan.” – 24 Disember, 2021.

SALUT JEJAKA

BANTU GULUNGAN

TERTINDAS

AMIN 

Tiada ulasan: