Selasa, 13 Oktober 2026

SAUDI MINTA TOLONG DARI SEMUA BARUA AMERIKA


SAUDI  MENJERIT

MINTA

TOLONG DARI 

SEMUA BARUA

AMERIKA

AMIN

Unknown commented on 
"SAUDI MENJERIT MINTA TOLONG PADA NATO SUNNI"

Masalah orang tak payah campur, uruskan masalah sendiri dahulu, tak payah sibuk tak payah nak selesai masalah negara lain, negara sendiri pun banyak masalah rasuah curi rompak songlap sakau kah kah kah, ada juga parasit penghasut penjenayah bertopeng malaikat kah kah kah kah kah

PAGI INI



PAGI INI




PAGI IN

SELASA 13 OKTOBER 2026

SELAT HORMUZ MASIH DITUTUP


SAUDI MENJERTIT MINTA TOLONG PADA SEMUA BARUA AMERIKA – kah kah kah

Ansarallah terus menyerang.

SEMUA penerbangan ke Saudi di batal – kah kah kah.

IRAN-AMERIKA
AMERIKA NAK BERUNDING DENGAN IRAN
Iran kata terima SEMUA  fasal yang telah di tanda tangani – jika tidak NO TALK – kah kah kah

Nampaknya Iran makin berkeras kerana Amerika dalam keadaan terdesak – Minyak mahal – ekonomi hancus  - pengundi marah  BULAN DEPAN MENGUNDI – JENG JENG JENG.

RUSIA BANTAI UKRAINE
Loji tenaga leterik Ukraine kena belasah – Musim sejuk nak sampai – kah kah kah – Presiden Ukraine marah bila  Amerika beli minyak dari Rusia.

Zelensky kata : Ukraine akan serang kapal minyak Rusia yang nak hantar minyak ke Amerika – CANTEEEEEK!!!

HOKKIEN
Pagi ini berjerebu. Matahari bola api. KL & KL Sentral di balut jerebu dan kabus – petang kemarin hujan.

Emak Tetek Lanjut datang bawa  Anak – Puppy dah mula pandai makan nasi dan friskies. Ramai datang makan – Siti pun ada Gua gumbira.

Pagi ini Jantan Putih tak muncul – tapi  geng yang lain datang makan nasi dan friskies. Pagi ini gua bersenam di Wakaf Tiga – ada pengawal baru ganti  Jantan Putih.

Berjalan pulang – Tiong dah menunggu di Wakaf Pertama. Di sini Geng Putih dapat friskies. Tiong laki Bini makan sama.

Di lorong keluar Tim Emak  muncul lagi – sekali lagi mereka makan. Seperti biasa Siti ikut  hampir ke Pintu Masuk – dia dapat hati dan keropok. Amin

Hari ini akan panas – gua harap hujan ribut sampai – halau jerebu. Amin


BRO 
SENYUM
SAMBUT PAGI SELASA
DENGAN SENYUMAN SEPERTI BIASA

BRO
Bila hujan turun bumi tak marah – lu juga jangan marah hujan ini berkat.

BRO
Bila hujan turun bukan bawa basah tapi bawa ingatan agar jangan  hidup gelisah.

BRO
Belajar dari hujan – beri rahmat dan kebaikan untuk semua. Amin

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA