Ahad, 23 Januari 2022

AZAM BAKI MAKIN MENANAH

 




Kenyataan Suruhanjaya Sekuriti bercanggah, siasat Azam Baki

BAGI pihak masyarakat sivil, kami amat kesal dengan kenyataan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini mengenai dakwaan terhadap Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki. 

Perdana menteri dengan nyata mengelak kontroversi yang sedang berlaku.

Suruhanjaya Sekuriti (SC) dengan jelas menyatakan akaun dagangan saham itu dikendalikan oleh Azam sendiri.

Ini bercanggah dengan kenyataan akhbar beliau sebelum ini yang menyebut akaun itu digunakan oleh adiknya bagi mengelakkan konflik kepentingan. 

Dalam apa pun keadaan, SC harus memperjelaskan sama ada sebarang saham dalam akaun dagangan Azam dibeli dan dibayar oleh adiknya. 

Jika benar, perlu ada dokumen yang disempurnakan oleh Azam yang membenarkan adiknya menggunakan akaun dagangannya.

Sekiranya ini benar, maka Azam, pada 2015 di setiap masa yang berkenaan, selaku pengarah siasatan SPRM, membeli saham melebihi RM100,000.00, yang mana ia melanggar peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

a) Seksyen 23 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3/2002 – Pemilikan dan Pengisytiharan Aset oleh Pegawai Awam. Pekeliling ini, di samping semua pekeliling kerajaan, mengikat semua penjawat awam yang diambil bekerja di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam untuk mengawal kelakuan mereka.

b) Seksyen 10 Akta Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 juga dengan jelas menetapkan keperluan untuk penjawat awam mengisytiharkan sebarang pembelian saham kepada Ketua Jabatan mereka.

Sehingga kini, masih tiada pengesahan sama ada pengisytiharan aset dilaksanakan atau tidak.

Sekiranya Azam sebenarnya telah melanggar pekeliling kerajaan, tindakan mesti diambil. 

Demi akauntabiliti terhadap awam, adalah penting untuk pihak kerajaan menjelaskan agensi yang wajar dan yang sebenarnya bertanggungjawab untuk mengambil tindakan tegas terhadap penjawat awam yang telah bertindak melanggar pekeliling kerajaan, sama ada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau Jabatan Perkhidmatan Awam.

Sekiranya tidak terdapat sebarang kesan dan akibat tertentu daripada pelanggaran tersebut, kami menggesa agar prosedur yang sewajarnya dilaksanakan pada masa hadapan, supaya lebih jelas untuk badan kerajaan yang bertanggungjawab memantau pematuhan terhadap peraturan tersebut bagi menjawab persoalan apakah jenis tindakan tatatertib yang diambil apabila seseorang didapati melanggar peraturan kerajaan?

Kami mengulangi desakan untuk siasatan bebas terhadap pembelian saham Azam, kerana ini juga menimbulkan persoalan serius berhubung dengan konflik
kepentingan yang berlaku, dalam pembelian saham melibatkan anggota tertinggi SPRM.

Demi memulihkan integritinya serta mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap badan pencegah rasuah itu, Azam perlu berehat sementara sehingga siasatan yang telus dapat membuktikan secara konklusif, tanpa sebarang keraguan munasabah, bahawa beliau tidak melanggar mana-mana peraturan sebagai penjawat awam.

Transformasi SPRM yang dicadangkan oleh Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Majlis Peguam Malaysia, (C4), dan Transparency International Malaysia pada 2015 untuk menjadikan ianya badan bebas disamping pelaksanaan Pelan Anti Rasuah Nasional hendaklah menjadi keutamaan bukan sekadar untuk meningkat keberkesanan SPRM tetapi untuk mengelakkan kes seperti Azam dan yang seumpamanya berulang di masa akan datang. – 23 Januari, 2022.

* Kenyataan bersama Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Transparency International Malaysia, C4, RasuahBusters, Gabungan Bertindak Malaysia, Bersih, dan Undi 18.


TAHNIAH

AZAM BAKI

KAH KAH KAH

GUA DAH CAKAP

MAKIN LAMA

MAKIN BAIK

KAH KAH KAH

MAKIN BESAR

MAKIN MENANAH

KAH KAH KAH

NGO TAKDA

AGENDA KINI

ADA ISU

AMIN

Tiada ulasan: