Ahad, 23 Januari 2022

PENDEMO WAJIB BANTU POLIS

 



Polis akan panggil peserta protes #TangkapAzamBaki

POLIS akan memanggil ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam yang menyertai perhimpunan #TangkapAzamBaki bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Brickfields Amihizam Abdul Shukor berkata siasatan berkaitan perhimpunan itu dilakukan mengikut Akta Perhimpunan Awam 2012 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Pegawai penyiasat akan ambil tindakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) siasatan,” katanya ketika ditanya sama ada semua peserta termasuk ahli politik akan dipanggil untuk diambil keterangan.

Terdahulu Amihizam dalam satu kenyataan media berkata polis akan melakukan siasatan lanjut berhubung himpunan yang diadakan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar, Jalan Bangsar semalam.

“Peserta demonstrasi berhimpun, ingkar arahan pihak berkuasa yang melarang sebarang perhimpunan diadakan di ibu negara.

“Hasil pemeriksaan dan pemerhatian, polis mendapati beberapa ahli Parlimen, Adun, ahli politik, NGO serta orang awam turut sama menyertai perhimpunan itu,” katanya.

Beliau berkata dianggarkan 50 orang peserta perhimpunan mula berkumpul di LRT Bangsar mulai 10.45 pagi dengan memakai baju berwarna hitam.

“Kemudian pada 11.45 pagi, jumlah peserta perhimpunan dianggarkan 400 orang.

“Mereka mula berarak dengan membawa kain rentang bercetak ‘Tangkap’ ke Jalan Travers sehingga di persimpangan lampu isyarat ke Brickfields.

“Selesai ucapan ketua himpunan berkenaan yang berlangsung selama 30 minit, peserta himpunan bergerak kembali ke LRT Bangsar dan bersurai secara berperingkat,” katanya.

Katanya, semua pihak diminta mematuhi undang-undang ditetapkan dan mengikut saluran yang betul khususnya dalam menyuarakan pendapat.

Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang dikesan masih berdegil menganjurkan atau menyertai sebarang perhimpunan tanpa kelulusan yang sah, katanya.

Polis berkata himpunan anjuran kumpulan persatuan sivil dan organisasi politik itu dianjurkan secara haram selepas polis mendapatkan arahan larangan berhimpun di kompleks beli belah, Dataran Merdeka dan Masjid Jamek dari mahkamah.

Polis turut menutup beberapa jalan raya utama di ibu kota bagi menghalang protes itu berlaku di tempat berkumpul, di depan Sogo Kuala Lumpur.

Penganjur kemudiannya mengubah tempat berkumpul di Stesyen LRT Bangsar sebelum polis turut menutup laluan ke situ dan kawasan sekitarnya.

Perhimpunan semalam bermula jam 11 pagi dan berakhir pada 12.45 tengah hari.

Gerakan #TangkapAzamBaki disokong oleh 33 kumpulan sivil dan 11 organisasi politik. Protes dijalankan bagi mendesak Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ditahan polis, susulan dakwaan beliau membeli berjuta saham pada 2015 dan 2016. – 23 Januari, 2022.

PENDEMO WAJIB

BANTU POLIS

AMIN

BANTU POLIS

CARI MAKLUMAT

TENTANG AZAM BAKI

AMIN

INI KERANA MASIH

RAMAI TAK FAHM

KENAPA PENDEMO

TURUN BERDEMO

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Jigit berkata...

Malaysia ni sudah jadi negara PARIAH...macam negara2 komunis di era perang dingin.

Polis buat kerja pukimak tak berfaedah apa nak siasat orang berdemonstrasi secara aman. Alangkah baiknya polis dikerahkan pegi siasat muka tebal kulit babi yang tak tahu malu tanpa harga diri degil biji kelentit takmau lepas jawatan walaupun diri terpalit dgn najis mughallazah itu dari menurut arahan bodoh si bangsat2 bebal yang sedang merisakkan tanahair tercinta ini.......