Jumaat, 21 Januari 2022

AZAM BAKI ROSMAH BARU

 



Azam Baki perlu bertanggungjawab kerana berbohong, kata pemerhati

AZAM Baki akan menyebabkan dirinya menghadapi masalah lebih serius selepas dia didapati berbohong mengenai penglibatan adiknya dalam kemelut pembelian saham, kata pemerhati.

Ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini berkata adiknya, Nasir telah menggunakan akaun dagangannya untuk membeli saham pada 2015 dan saham itu kemudiannya dipindahkan kepada adiknya, yang mana beliau tidak mendapat faedah kewangan.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Sekuriti (SC) semalam berkata bukti yang diperoleh antara lain menunjukkan Azam “dinamakan sebagai pemegang akaun dan mengawal akaun dagangan tersebut”.

Ia turut mendapati Azam “mengeluarkan arahan untuk membeli, menjual dan memindahkan sekuriti dari akaun tersebut.

Peguam Haniff Khatri Abdulla memberitahu The Malaysian Insight kini Peguam Negara Idrus Harun perlu menubuhkan pasukan petugas khas untuk meneliti isu ini kerana apa yang Azam katakan sebelum ini jelas bercanggah dengan penemuan SC.

“Ya, beliau (Azam) tidak melanggar mana-mana undang-undang jika kita mengambil kira apa yang SC katakan.

“Bagaimanapun, pada 5 Januari, Azam memberitahu media bahawa namanya digunakan oleh adiknya dan beliauy tidak berminat dalam perdagangan saham, justeru sekarang kenyataannya dan penemuan SC adalah bercanggah.”

Siasatan SC adalah bagi menentukan sama ada Azam melanggar Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991, yang memperuntukkan bahawa akaun dagangan mesti dibuka atas nama yang berfaedah pemilik atau penama yang diberi kuasa.

Mengenai perkara itu, Azam tidak melanggar mana-mana undang-undang.

Tetapi pemerhati menuntut agar Azam ditahan dan dipertanggungjawabkan kerana berbohong apabila membangkitkan dakwaan penglibatan adiknya dalam pembelian saham itu.

“Kini semua orang, termasuk perdana menteri, jawatankuasa pilihan Parlimen dan pembangkang mesti menuntut peguam negara menubuhkan pasukan petugas khas seperti mana bekas peguam negara Gani Patail wujudkan untuk melihat skandal 1MDB pada 2015,” kata Haniff.

Sebelum SC membersihkan Azam daripada sebarang salah laku, agensi itu mendakwa bahawa ia tiada keputusan konklusif sama ada ketua SPRM telah melanggar undang-undang mengenai penggunaan akaun dagangan.

Pengumuman ringkas mengenai penemuannya yang tidak konklusif itu menimbulkan kemarahan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menuduhnya cuba melindungi Azam.

Sementara itu, aktivis hak asasi manusia, Siti Zubaidah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim berkata kenyataan SC dan Azam menimbulkan lebih banyak persoalan dan kebimbangan berbanding jawapan.

Peguam itu mengulangi keperluan untuk siasatan bebas yang diketuai oleh Parlimen untuk menyelesaikan isu ini.

“Kedua-dua ketua SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti adalah agensi yang diamanahkan untuk menegakkan undang-undang dan kedua-duanya bukan sekadar bersih tetapi dilihat sebagai tidak boleh dicela,” kata Siti.

“Itu jelas dipersoalkan. Satu-satunya perkara yang betul untuk dilakukan ialah Parlimen membentuk satu siasatan bebas terbuka yang terdiri daripada individu yang berwibawa.”

Gesaan supaya Azam diberi cuti telah mendapat momentum sejak minggu lalu namun Azam berkata beliau hanya akan berbuat demikian sekiranya diarahkan oleh Yang di-Pertuan Agong. – 20 Januari, 2022.

DULU KITA

ADA ROSMAH

KAH KAH KAH

KITA SUSUN 

PROPAGANDA

HINGGA 

SATU NEGARA

BENCI ROSMAH

KAH KAH KAH 

SEKARANG KITA

ADA AZAM BAKI

KAH KAH KAH

APA SAJA DIA

BUAT SEMUA SALAH

KAH KAH KAH

DALAM STRATIJI

MENGHASUT KITA

PERLU ADA SOSOK 

UNTUK DIBENCI

SEPERTI ROSMAH

KAH KAH KAH

AZAM BAKI

ADALAH

ROSMAH BARU

KAH KAH KAH

LAGI LAMA AZAM

BERTAHAN LAGI

BAIK UNTUK

 MENGHASUT

AMIN

AWAS

HATI HATI KALAU

AZAM BAKI

LETAK JAWATAN

SUSAH NAK

CARI GANTI

AMIN

LIHAT SEKARANG

NAJIB  TINGGALKAN

ROSMAH

IMEJ NAJIB NAIK

KHALAS

2 ulasan:

Yeop sepet berkata...

Gua tggu gak bile TT nak umum sokongan coalition baru,PH udah ke laut. Jangan lu sruh sokong parti siti kassim lak,agak2 le tu parti wokeism.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tt nak jadikan azam puki ooppss azam baki sebagai bahan propaganda, jangan la tekan sangat ismail 114. Takut dia tunduk pada tekanan pastu dia pecat azam. Habis semua propaganda!! Tunggu dekat pru nanti baru bagi kuatkan propaganda untuk modal kempen pru.